Awalmu adalah keindahan berabad kukuh menyatu dalam kesamaan sesuara menyongsong adab sebati mengukuh akar.
Tika taufan menyinggah
mencumbui kupingmu
kau telani bisik-bisik halus itu
yang menggoncang diam, melucut taat
dan menelanjangi sebuah setia.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg