Bahasa & Budaya
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Semangat sang guru

Mar 20, 2022 | 5:30 AM
8eb3a865-78dc-4bb9-926b-866a9889e656
-

Guru sentiasa membakar diri tanpa ada yang sekeliling memahami di balik kelir menutupi pandangan mata kasar yang tiada mengerti walaupun dia di dalam sepi tiada dia menyepi dia tetap bersedia memacu harapan anak-anak masa depan memberi dengan sukarela tanpa batasan sempadan keterhadan tiada diminta-minta akan balasan mahupun sanjungan tanpa meminta limpahan hadiah duniawi melimpah-ruah membina reputasi hanya sepotong doa sebagai penyuntik semangat mengharungi kancah berduri lebuhraya kehidupan anak bangsa yang perlu dilentur menjadi manusia punya pegangan

penuh kendala hidup seorang guru dengan peta perjalanannya sudah tercorek-moret garis-garis yang tidak menentu dan banyak tercucuk onak duri laku walaupun penggal baru bermula namun itu bukan alasan buatnya untuk mungkir janji kepada ikrar yang sudah dimenterai kerana jarum kompasnya biarpun tergantung tetap kukuh utuh mengarah kiblat ketabahan.

YAZID HUSSEIN

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg