Premium
Semboyan Akhir Di Tanjong Pagar
Apr 28, 2024 | 5:30 AM
Keretapi Tanah Melayu (KTM) satu ketika dulu meluncur di gerabak dari stesen Tanjong Pagar melalui Commonwealth Drive ke Woodlands sebelum menyeberangi Malaysia - Foto fail ST
Jeritan sedih dari kepala kereta api terngiang
tren Senandung Malam telah mengucapkan
kali terakhir Selamat Malam kepada pulau
kepada kenangan manis, kepada sejarah,
kepada tangan kosong, kepada hampa,
kepada air mata, kepada dukacita,
kepada hilang di mata, kepada pilu,
kepada hilang senyuman, kepada rindu,
kepada lambai, dan kepada jutaan kepada,
kecuali kepada dua dalam satu, kepada akal,
menunjuk kepada bodoh, kepada musnah,
dan selepas malam itu, cuma mimpi ngeri
yang di dalamnya penuh jeritan minta dikembalikan
kepala kereta api bersama semboyannya yang pilu
Md Zainuddin
Laporan berkaitan
Johor bakal guna tren elektrik kelajuan 140km/j akhir 2024Mar 14, 2024 | 2:42 PM
Kereta api JB-Woodlands beroperasi semulaJun 20, 2022 | 9:00 AM

