Di tengah-tengah kehangatan melampau
terasa sampan iman terusik sarat
beroleng-oleng resah di dada sungai suasana
mentari cabaran yang menghantar sinarnya
semakin memijar menggelapkan rona
tidak lagi bertelau-telau menggelinjang atma
hingga camar takwa yang tergeliat sayapnya
tidak lagi bersiul mesra seperti lazimnya
tercarik hati penuh luka
membawa diri ke kejauhan
terkucil di balik bukit kebodoh-bodohan
terdengarkan lagu penuh keterasingan
sumbang dan canggung tiada kesudahan
lirik-liriknya kelat padat
hanya mengumpul pengalaman payau
menghasut kebencian, ketegangan dan kekacauan
sudahnya membuntingi nanar
dan melahirkan onar
yang pastinya tidak sesekali direlakan.
Sentiasa basahkan lidahku dengan zikir-Mu


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg