Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Bahasa & Budaya

SAJAK

Sentosa

Mar 08, 2020 | 05:30 AM

Kau tempat istirehat
Penenang jiwa pengering keringat
Pantai berkaca saujana Sahara
Desiran ombak bersama hembusan bayu
berlagu
Pepohon melambai – lambai
Seolah – olah menggamit kami kembali
bersantai.
Kau punya segala:
Istana-istana hinggap melata (HOTEL)
Muzium-muzium kelautan tersergam
Merlion gah mendada
UNIVERSAL STUDIO mengasyikkan
Mono rel buat ngembara
Rasa Sentosa teman selera,
Dulu sampan-sampan penambang kesana
Kini jatasut (jalan atas laut) selesa
Kereta kabel pun ada

Buat generasi kedua
Ingin ku berbicara
Disinilah bermastautinnya wira-wira
penjajah (askar British)
Dan benteng utama Perang Dunia Kedua
‘Pulau Belakang Mati’ nama asalnya.

Langgani pada harga $0.99* sebulan
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Langgani pada harga $0.99* sebulan
*Tertakluk kepada terma dan syarat