i.
sebelum daun dan bunga kehidupan mula harum dan mewangi emak sudah menuai benih menyubur sebendang doa
sebelum hadir kemarau emak sudah penuhkan setempayan kasih sayang buat memenuhi kerinduan
sebelum emak pergi anak-anak setia bergilir menjadi pepohon kasih rendang memayungi menemaninya di kesepian malam
ii.
mak… di atas pusara ini kutumpahkan segala kerinduan diiringi sekalung doa tangisan harum kesturi
lalu kutancapkan sekuntum bunga mekar tanda senyuman emak masih berkelopak mekar di keheningan taman hati ini
Zainol Abi


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg