Serombong Tua, Berita Bahasa & Budaya - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Bahasa & Budaya3

SAJAK

Serombong Tua

Feb 03, 2019 | 05:30 AM

serombong tua di muncung geladak tak pernah
mengaku jelaga maksyuk dihembus masuk
paru-paru kapal sehingga para kelasi terbatuk
fikirnya, "aku pelincir tenggorok,
kalau dibadai mabuk, kuhalau kantuk."
selerak saki-baki habuk dikutip buat
cukai ditaksir pegawai agar ditunai
lorong-lorong asfalt dan sekolah-sekolah tinggi
menara mewah dan kilang-kilang plastik
dijenterai minyak temulang
digerudi bertahun kurun tamadun
disayapkan jejeran berjuta roda getah
sesaklah urat selirat kota dengan
kepulan karbon bangkit melangit
hujan hitam mula memanah bumi ketuhar
titisan racun sehingga serata jelata
lemas tercungap, mual dan terbatuk-batuk jua
fikir mereka, "ini semua salah serombong tua,
tak pernah mengaku jelaga maksyuk
membakar rakyat dibara barah."
kini kempen iklan ditaja kemudi industri
dulu menampal slogan di papan sepanduk
liga bola dan muka depan majalah
siaran hiburan dan gelak ketawa
tegas mereka, "serombong mesti dibasmi!
tetapi tetap perlu diganti
terobong versi terkini."

serombong tua bersauh di pulau jauh
dikotakkan sempadan seperti seteru
seronok menyedut angin dopamin
mengucup keranda waktu seperti jua
engkau dan aku

Akses Berita Harian tanpa had!

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map