Topik diikuti
Pergi ke BHkuhadir kini pintu-pintu maghfirah dibuka tanpa dijarah disedia tanpa diminta dipersila tanpa dipaksa buat jiwa yang bergadang sering lupa suara azan surau lupa bentuk kubah masjid penuhilah saf-saf renggang malam mensuci baki daki berlumut paut di tangkai hati hanyutkan air mengalir hanyir menyembam hiba ke muara duka jangan dibiar hati berlama hitam dan dosa dibiar berjelaga legam menjadi riwayat hidup berbekal jalan bukan menyeret pepasir seberkas iman busana jenama itu dunia lena dibuang berbatu jauh dibakar direntung sungguh agar lusuh luluh di benak kukuh sarungkan seragam iman jubah takwa berserban ihsan berteleku di maqam Ramadan istiqamahlah dalam saf-saf insaf alang-alang merunduk alang-alang tawaduk membentengi liar mencuri masuk Ramadan sebulan dikir fikir takdir jangan disalahtafsir yang merantai masih santai mengintai yang dirantai masih lambai terkirai-kirai gilaplah sekadar indah wajah di ladang amal bercahaya neraca diri berdacing muhasabah mencongak khilaf menangisi dosa dari terus bergelap tidak keruan didik jiwa pagi ke petang kembali fitrah berakhir gemilang dalam dakapan setanggi Ramadan
ZAINOL ABI
