Kata sang peminat tegar
karyaku selalu menghibur
serta senantiasa segar;
kata sesetengah pakar
karyaku sarat khutbah
malah sekadar sampah.

Tidak peduli kata mereka
aku catat apa-apa sahaja
biarpun tiada yang baca;
yang penting tiada lucah
tidak juga menabur fitnah
atau ajak orang bertengkar.

Laporan berkaitan
Syair Hati & LidahJul 19, 2024 | 2:36 PM
Mengarang TenangJul 17, 2024 | 10:03 AM