Mereka berlarian cemas ada serangan dari seteru baru bergantian dari yang dulu susupnya pesat lagi segala ditutup sana sini setiap sudut bawa petaka tersentuh sedikit merebak celaka jangan dibiar dekat celakanya nanti tambah berat yang kaya berpesan-pesan gali khazanah himpun warisan tukang ubat tambah menjerat menjerit maretnya paling hebat dalam gelabah menelusur punca si kerdil juga ditohmah angkara elit di sana berhitung tahta rakyat jembel tanggung sengsara hidup sukar hilang suara.
Maarof Salleh


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg