Covid sembilan belas Tular tiada belas Meragut dengan buas Banyak jiwa yang tumpas Wabak menyerang pantas Menghimpit dada tersesak nafas Walau siaga walau awas Marcapada tetap cemas Norma kehidupan terjejas Pola peraturan terkandas Angka korban terbabas Pandemik mula menetas Tanggungjawab sama digalas Bersihkan diri jangan malas Luar dalam bawah atas Bersih hingga ke dalam tandas Tangan kaki dibilas Halangi Covid membekas Salam sentuh berbatas Tunduk dan hormat, 'ok' pas Jangan terlebih was-was Batuk kecilpun dimaki keras Tapi suhu kalau dah panas Ke hospitallah bergegas Satu dunia resah rimas Cari jalan cantas dan tuntas Satu dunia kena tempias Gara-gara si Covid sembilan belas
ZAINOL ABI


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg