Siapa agaknya yang mahu menanti di sini hingga hujan teduh
Lalu meneguk air kelapa hingga hausnya hilang di kuala
Siapa agaknya yang mahu berjabat tangan
Lalu berpelukan dan tidak terpancar keikhlasan di wajahnya
Siapa agaknya yang mahu berlari berama-sama di kaki langit
Lalu menjemput bulan ke peraduan sedang pungguk masih kehausan
Siapa yang mahu ke pantai digigit2 ombak kecil
Lalu jadikan pasir istana yang paling indah Siapa agaknya yang mahu
berkasih di pinggir kali
Lalu membina waktu di atas pelamin cinta
Siapa agaknya yang sering menyanyikan lagu merdu
Lalu menangis kesedihan kerana iramanya terlalu syadu
Siapa agaknya yang ingin membina dirinya bersama mentari
Lalu terbakar dan ia menjerit2 ketika subuh berada di pangkuan