Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

Singapura sebagai pusat persuratan Melayu

Dec 21, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA pernah menjadi pusat persuratan Melayu-Hindu pada zaman Kerajaan Melayu Temasek (1200-1400), pusat percetakan Melayu-Islam pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 hinggalah Singapura berpisah dari Malaysia 1963.



Hanya sesudah perpisahan ini, pusat perkembangan bahasa dan sastera beralih ke Kuala Lumpur.



Tetapi nadi bahasa dan sastera yang mula sejak lebih 700 tahun lalu tetap berdenyut di sini dengan penerusan usaha oleh para penggiat generasi baru hingga kini.



Golongan cendekiawan Islam telah memainkan peranan penting hingga membolehkan Singapura menjadi pusat percetakan buku awal, pusat persinggahan haji dan pusat perkembangan bahasa dan persuratan Melayu di Malaya.



Antara tokoh awal ialah Abdullah Abdul Kadir Munshi (1796-1854) yang merupakan anak tempatan yang pertama belajar percetakan dan Syed Sheikh Ahmad Al-Hadi (22 November 1867 – 20 Februari 1934).



Syed Sheikh A-Hadi merupakan tokoh reformasi dan pelopor gerakan Kaum Muda di Malaya, yang menyumbang pada penerbitan majalah, akhbar dan bukubuku yang mengandungi nilai pemikiran Islam yang dianggap progresif dan mencabar pemikiran yang konservatif.



Syed Sheik Al-Hadi mendapat pengajian di Universiti Azhar, Mesir. Beliau dipengaruhi oleh Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin al- Azhari yang mendedahkannya dengan pemikiran Muhammad Abduh dan Rashid Rida.



Setelah pengajian di Timur Tengah, Syed Sheik kembali ke Malaya dan bersama-sama Shaikh Mohamad Tahir, Sheikh Mohamad Salim al-Kalili dan Haji Abbas Mohamad Tahar, mereka memulakan penerbitan Majalah Al-Imam pada 23 Julai 1906 di Singapura.



Pada 4 Februari 1908, beliau membuka Madrasah al-Iqbal al-Islamiyyah di Singapura.



Antara 1909-1915, beliau menjadi peguam di Mahkamah Syariah di Johor Bahru.



Tetapi pada 1915, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjaya tersebut untuk membolehkan beliau kembali ke Melaka dan membuka Madrasah Al-Hadi di sana bersama Haji Abu Bakar Ahmad.



Syed Sheikh telah menghasilkan majalah Al-Imam. Majalah Islam pertama di Nusantara.



Majalah ini telah menyenaraikan 26 nilai-nilai yang perlu dipatuhi oleh setiap akhbar. Misalnya cahaya akal, cerminan peristiwa, pengabdi hikmah dan petunjuk buat yang sesat (Yang Terukir 2015:24).



Beliau juga menulis secara kreatif dan telah menghasilkan novel Hikayat Faridah Hanom (1925); Anak Dara Ghasan, jilid 1-2. Singapura: Harmy, 1959; Hikayat Setia Asyik kepada maksuk. Pulau Pinang: Jelutong Press; dan Rokombul dalam Sibiria. Pulau Pinang: Jelutong Press.



  • Penulis ialah Ketua Kumpulan Akademik Bahasa dan Budaya Asia, Institut Pendidikan Nasional (NIE), Universiti Teknologi Nanyang (NTU).


"Hanya sesudah perpisahan ini (antara Singapura dengan Malaysia), pusat perkembangan bahasa dan sastera beralih ke Kuala Lumpur. Tetapi nadi bahasa dan sastera yang mula sejak lebih 700 tahun lalu tetap berdenyut di sini (Singapura) dengan penerusan usaha oleh para penggiat generasi baru hingga kini. Golongan cendekiawan Islam telah memainkan peranan penting hingga membolehkan Singapura menjadi pusat percetakan buku awal, pusat persinggahan haji dan pusat perkembangan bahasa dan persuratan Melayu di Malaya."
- Profesor Madya Dr Hadijah Rahmat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >