Suara satu – Suara dua – Suara tiga
Kita hanya bersatu dalam suara
tidak bersatu suara
Yang tidak bersuara
tidak bersatu dalam diam
Dengar baik-baik
tengok betul-betul
ada suara orang bersiul
ada suara kucing menangis
ada suara pemetik api
yang berbatu api
Semuanya bersuara dengan bunyi dan aku melihat ketulusan dari pemetik api yang kehabisan minyak Mudah bersatu suara Payah seia sekata kerana terlalu ramai suara-suara sumbang yang bersembang di tanah lapang
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg