Bahasa & Budaya
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sudah Merdekakah Aku?

Aug 13, 2023 | 5:30 AM
SIMBOL KEMDERDEKAAN:  Bendera Singapura simbol kebanggaan.
SIMBOL KEMDERDEKAAN: Bendera Singapura simbol kebanggaan. - Foto ST

Adakah aku sudah merdeka?

kerana bumiku tidak lagi dijarah

atau aku yang terlupa sejarah

disuntik vaksin kemewahan

aku dimamai kealpaan

melawan virus penjajahan.

Adakah aku sudah merdeka?

kerana mindaku tidak lagi dijajah

atau aku terhanyut aura kemerdekaan

dipesona lanskap kemajuan

aku tertutup naluri perasaan

mengenal makna kebenaran.

Adakah aku sudah merdeka?

kerana bangsaku tidak lagi diterjah

atau aku terhakis nilai kewajipan

diabui jerebu keegoaan

aku terpesong akal budi

menjerat perasaan lupa diri.

Adakah aku sudah merdeka?

kerana aku ingin merdeka

atau aku tersilap menafsir kebebasan

disogok muslihat keselesaan

aku terbuai indah kepalsuan

meruntuh dacing pertimbangan.

9 Ogos 2023

lima puluh lapan tahun berlalu

makmur negaraku aman maju

masihkah lagi aku termangu

sudah merdekakah aku?

Samsudin Said

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg