Bahasa & Budaya
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Syurga dunia

May 15, 2022 | 5:30 AM
38422b09-49e1-46d7-a353-c16dfd738f7e
-

Kita syurga dunia mereka yang tinggalkan keluarga mentulang empat kerat menyenak pecah benak kerana kita syurga dunia kongsi sama mereka lebih dari nafas sesuap nasi

Kita perlulah hormati mereka pun, mereka perlu hormati kita syurga dunia kita kurniaan Ilahi fitrahlah kita menjunjung kasih membelai ihsan sesama insani dan di mana jua bumi kita pijak langit juga perlu sama dijunjung

Kita syurga dunia mereka bertandang bertarung jiwa tergadai maruah ibu pertiwi mengejar impian hujan emas pedih pilu hujan batu dihindari tanah tumpah darah gersang titik air mata tidak menghujan

Kita perlu hormat menghormati Ilahi Rabbi uji syurga dunia kita pada penerima jua para pemberi timbang tara kehidupan manusia lukisan wajah-wajah kemanusiaan bebenih syurga dunia setitik saga di Khatulistiwa mentali silaturrahmi

NADIPUTRA

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg