Tali akal
perlu diikat ketat
daripada godaan dan hawa nafsu
usah sesekali dibiarkan terurai
sudahnya boleh terbebat iman
tergeliat rohani
tersesat sepanjang jalan.

Tali akal
mengikat teguh
fikiran yang waras
merafakkan sinar kebenaran
betapa dalam sebuah kesabaran
silap hari digomoli kealpaan
terangsang kederhakaan
tercabar tiada kesudahan
upaya bertukar menjadi luka
dan dalam berkasih sayang
mampu bertukar menjadi benci.

Laporan berkaitan
Yang Terjerat Dan TersuratJul 29, 2024 | 10:25 AM
YangJul 25, 2024 | 11:43 AM