Topik diikuti
Pergi ke BHkuTangan ini pemberian Ilahi
penuh penggunaan yang berguna bermanfaat
bukan hanya untuk kegunaan peribadi
mengambil dan menerima serta mengaut
segala yang terbentang di depan tanpa mengira
mahupun yang bersembunyi terselindung
tetapi bagi mereka yang berfikiran insani
tangan ini adalah anugerah besar Tuhan Maha Pemberi Al-Wahhab
yang penuh hikmah dan barakah serta nikmat
agar membantu sesama walaupun merentasi batasan sempadan
tiada mengira latar mahupun kejadian alamnya.
Yazid Hussein
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Laporan berkaitan
Setelah Hujan TurunNov 22, 2026 | 5:30 AM
Keroncong Buat BondaNov 22, 2026 | 5:30 AM