Topik diikuti
Pergi ke BHkuTari Tualang Tiga
Tari Tualang Tiga
BERITA HARIAN/BERITA MINGGU dengan kerjasama Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) mengetengahkan ruangan kreatif edisi khas khusus untuk penulis muda, terutama golongan pelajar. Ruangan ini, yang disiarkan pada Ahad pertama setiap bulan, bertujuan memupuk bakat penulis muda dalam bidang penulisan sastera dengan memberi mereka wadah berkongsi karya dengan khalayak ramai. Penulis muda digalakkan menghantar karya mereka untuk pertimbangan dalam ruangan ini.
Tari Tualang Tiga
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Aug 2, 2026 | 5:30 AM
Matahari hampir tenggelam di sebalik Bukit Tualang Tiga, nama kampung yang dijunjungnya dengan pancaran sinarnya mewarnai langit, dengan semburat jingga dan merah yang semakin pudar. Keheningan petang kampung yang tenang itu dipecahkan oleh bunyi tingkah rebana yang berkumandang dari pinggiran kampung itu.
Tersembunyi di sempadan kampung itu, sebuah teratak yang buruk keadaannya. Tergantung di bumbungnya sebuah papan tanda yang berkarat, dengan kata-kata Mahligai Tari yang hampir tidak boleh dilihat.
Laporan berkaitan
LaraJul 5, 2026 | 5:30 AM
Larasati di Dua DuniaJun 7, 2026 | 5:30 AM