SAJAK

Teratak Usang

Pabila kaki menjejaki
Teratak usang ini
Memori silam menggamit diri
Terbayang-bayang...
Suasana penuh harmoni

Hilai tawa berselikan esak tangisan
Semuanya asam garam kehidupan
Kekadang terjahan-terjahan ujian
Bagaikan tiada kesudahan

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan