Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Tiang

Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Tiang

Feb 14, 2021 | 05:30 AM

Kita adalah
sebuah rumah kehidupan
pintunya bagai penentu arah
dengan jendela-jendela membuka ruang pergaulan
agar cahaya keriangan dan kasih sayang
terus menghangatkan keakraban keluarga
dan dinding-dinding keselamatan
bagai jaring pemastian
bagi menghalang anasir-anasir pembinasa
yang mungkin menyusup liar ke dalam

Namun, yang menguatkan kediriannya
ialah tiang seri kepercayaan
tertancap di atas tanah berasaskan keyakinan
kerana tanpanya
akan robohlah rumah kehidupan
bila dinding, pintu dan jendela
yang indah dan terhias
kian terhakis oleh
badai kemusnahan dan percikan hujan kehinaan
hingga menuntut ketahanan iman
kukuh dan kental

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3