Selamat datang ke Dunia Dakwat Di sini sungainya mengalir pekat Membawa arus mimpi dibelit hasrat Menerokai lorong berliku yang serat Dengan percikan pancutan maksiat Basahi kota kontang nantikan penyelamat Yang dirinya sendiri ketandusan Meronta lemas dek kehausan
Selamat datang ke Kota Kertas Di sini halamannya ronyok diramas Tangan besi jari tuding tanpa belas Rakyat dilayang bak boneka pentas Dikawal temali Pak Dalang buas Menari perit tunggukan pembebas Yang dirinya sendiri tidak keharuan Terpinga-pinga dalam keraguan


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg