Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

Usah putus asa semai kedwibahasaan dalam kanak-kanak: Guru MOE

Oct 13, 2023 | 05:38 PM



Usah putus asa dan manfaatkan segala sumber yang ada bagi menyemai cinta pada bahasa Melayu dalam diri kanak-kanak walaupun berdepan cabaran persekitaran Singapura yang lebih menggunakan bahasa Inggeris.

Demikian pesan Encik Azhar Abdul Rashid, seorang guru bahasa Melayu dari Kementerian Pendidikan (MOE), kepada para pendidik prasekolah semasa mengendalikan satu webinar Cilik Cerdik bertajuk ‘Membangun Minda Dwibahasa’ pada Jumaat.

Webinar anjuran akhbar Berita Harian dan Yayasan Mendaki itu turut disokong Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew (LKYFB).

Ia dihoskan oleh wartawan Berita Harian, Cik Nur Fathin Awalludin. 

Webinar yang pertama daripada dua sesi itu membincangkan pendekatan kreatif bagi menggalak pembelajaran kanak-kanak presekolah dalam memupuk kemahiran dwibahasa.

Seramai 50 guru dan pengamal prasekolah menyertai webinar tersebut melalui Zoom. 

Sepanjang sejam webinar itu, Encik Azhar berkongsi cabaran serta tip untuk menggalak kedwibahasaan.

Ini termasuk mendendangkan lagu dan melakukan aktiviti seperti tunjuk dan ujar, atau show and tell dan readers’ theatre, yang mana kandungan dalam buku yang dibaca dijadikan skrip untuk pelajar melakonkan watak cerita tersebut.


Beliau juga menjawab soalan yang diajukan oleh para peserta. 

Antara pertanyaan yang menarik ialah cara memupuk penggunaan bahasa Melayu secara praktikal dalam kehidupan harian dan bukan sekadar tujuan lulus peperiksaan dan bagaimana membantu pelajar yang mempunyai tahap pembangunan penggunaan bahasa yang lebih perlahan.

Encik Azhar, yang juga penerima Anugerah Guru Arif Budiman, berkata:

“Sebagai pendidik yang mengajar aspek bahasa, cabaran itu akan tetap ada kerana setiap kali kita menerima pelajar, mereka datang daripada profil yang berbeza. Tapi sebagai pendidik, jangan malu untuk mendapatkan bantuan, mempertingkatkan diri dan mempelajari sesuatu yang baru.

“Jangan putus asa untuk mencari penyelesaian kepada cabaran tersebut. Sentiasa mempunyai pemikiran untuk mengembangkan diri.”

Satu lagi webinar akan diadakan pada Sabtu, mulai 11 pagi, khusus bagi ibu bapa yang mempunyai anak prasekolah.

Bertajuk ‘Mengasah Kemahiran Dwibahasa Sambil Bermain’, ia akan dikendalikan oleh pengasas Pusat Pembelajaran Yaa Bunayya, Cik Nur’afifah Mohd Hussain.

Beliau akan membincangkan peranan kegiatan bermain dalam membina kemahiran bahasa dan juga dalam perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan.

Mereka yang ingin menyertai webinar itu boleh mendaftar dengan melungsuri pautan https://bit.ly/BHDwi2.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >