Waktu pejabat
Yang santai jalan pelan masuk lewat
Yang santai, kerja nanti boleh buat
Pergi bancuh kopi secawan, kononnya buat ubat
Untuk mata yang masih liat
Dari secawan ke secawan, tetap tak bergiat
“Eh! Boleh lagi pasang niat!”
“Waktu makan kita keluar cepat-cepat!”
Yang hebat masuk awal tepat
Yang hebat, mesti harus kerja kuat
Nak jadi terhebat, buat kerja penuh ligat
Duduk terlekat, tidak hirau waktu rehat
Segala urusan, kena tahu buat
Walau kerja bertingkat, takkan melompat
Kena kental, baru bos naikkan pangkat


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg