Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Warisan Pehaks

Jun 18, 2018 | 05:30 AM

Tika paluan merangkai irama

Bergema menjadi sajian sukma

Hadrah dan kompang sama berpalu

Tanda bersatu irama dan lagu

Antara kulit dan bingkai kayu

Seurat rotan menegang muka

Baluh dan sendak menjadi satu

Jasad dan roh di Gentarasa

PEHAKS

Di laluan itu meredah arus

Bukan sepurnama merempuh rasa

Dalam melestarikan keasliannya

Menyatukan putera dan puteri negara

Bertanjak songket, bertengkolok dagang

Berbaju Melayu sampin nan berjela

Bengkung dililit meramping pinggang

Setanjak Bulang setengah kepala

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >