Satu malam dingin yang kelam pentas ucapan meraikan pemilihan Pusat Chase Dilmington, Delware diterangi kejayaan dihangatkan ketokohan Joe Biden dan pantulan kemala Kamala Harris yang terpilih sebagai presiden dan naib presiden Amerika bakal menerajui sebuah watan demokrasi adikuasa disaksikan berjuta-juta warga antarabangsa menerusi kaca TV seantero dunia betapa manusia dalam dan di luar begara begitu teruja kata-kata keramat Joe Biden menggelinjang jiwa terpesona dengan kenyataan: "Inilah masanya sebuah penyembuhan luka bermula padamkan segala api sengketa, yang tak mengundi saya bukan seteru selama-lamanya saudara semua warga yang berpadu, tiada negeri-negeri merah menyala tiada negeri-negeri biru melata hanya yang menyeri peta kita adalah negeri-negeri Amerika Syarikat yang bersatu menegakkan mulia negara."
Juga bagaikan tersihir umpama beningnya air kali yang mengalir kicau semangat di sukma rakyat harum inspirasinya menyerbak semangat ranum aspirasinya mengetuk pintu tua muda hitam putih kuning dan apa saja rona kulitnya kepercayaan dan apa juga pendekatannya apabila Kamala Harris sebelumnya berkata dulu: "Ini adalah sebuah negara yang menyediakan pelbagai kemungkinan bagi semua kanak-kanak tidak kira jantina diwarnai seri impian dan keyakinan berulit harapan yang tak bertepian demi menjunjung piala kejayaan."
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg