Di atas katil beroda besi
aku dihantar ke bilik sunyi
bius separuh badan mematikan rasa
dari pinggang ke kaki
akalnya sedar 
jasadnya mati sementara.

Menatap siling seakan kanvas biru yang kaku
bibir mengalun doa tidak bertepi
terus memohon
berselawat.

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Laporan berkaitan
Padi dan LalangSep 20, 2026 | 5:30 AM
MelayuSep 20, 2026 | 5:30 AM