Gementar di padang pengadilan
Harapan sekeliling pinggang
Menderu air mata deras
Melalui liku-liku kehidupan
Luka berdendam kembali
Hati mememdam nanah, parah
Lalu ku berendam dalam cahaya
Putih, berpecah berbilang warna
Pelangi
Indah tak terkata
Menyebarkan berita gembira
Tujuh warna, pelbagai citarasa
Sejuk mata memandang
Sejuk lagi hati yang memegang
Rasa dan rahsia yang terpendam
YOHANNA ABDULLAH