Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

Yang indah itu bahasa...

Aug 13, 2023 | 05:32 AM



PERIBAHASA

Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati ialah antara yang biasa didengar, menggambarkan bahawa budi baik orang haruslah diingat selama-lamanya, kerana budi bahasa tidak dapat dibayar dengan wang.


Bahasa dan bangsa itu tidak dijual beli bermakna baik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya (asal usulnya).


Hilang bahasa lenyap bangsa bermakna apabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lambat-laun hilang bangsa itu. Ia juga bermakna bahawa hilang budi bahasa hilang darjat diri.


Sebab bahasa menunjukkan bangsa bermakna budi bahasa yang halus menunjukkan bangsa yang baik. Ia juga bermakna baik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya, atau asal usulnya.


Yang merah itu saga, yang kurik itu kundi; yang indah itu bahasa, yang baik itu budi – ungkapan yang biasa digunakan yang bermakna walau rupa elok dan kacak, kalau budi bahasa buruk, akan hina juga pada pandangan masyarakat.


Biar buruk kain dipakai, asal pandai mengambil hati bermakna budi bahasa adalah lebih baik dan utama.


Hancur badan dikandung tanah, budi baik terkenang juga bermakna budi bahasa akan dilupakan walaupun sudah meninggal.


Putih tulang dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga bermakna budi bahasa yang baik akan tetap dikenang walau selepas meninggal dunia, serupa dengan makna peribahasa sebelumnya.


Air jernih, ikannya jinak memberi gambaran keadaan negara yang aman dan teratur dan rakyatnya pula berbudi bahasa.


Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak menggambarkan orang yang elok dan tampan tetapi tidak berbudi bahasa.


Dari telaga yang keruh, tak akan mengalir air yang jernih bermakna daripada tabiat yang jahat tidak akan lahir budi bahasa yang baik, daripada sifat yang mulia, tidak akan lahir budi bahasa yang kasar.


PANTUN


Apa dijual apa dibeli,
Mari sukat gantang Ali;
Bahasa tak boleh dijual beli,
Dari hidup sampai mati.


Nanas dijual di pasar niaga,
Ramai orang datang membeli;
Emas perak perhiasan dunia,
Budi bahasa perhiasan diri.


Apa guna asam paya,
Kalau tidak menggulai ikan;
Apa guna lagak dan gaya,
Kalau bahasa tidak dihiraukan.


Pucuk manis pucuk langgudi,
Daun purut digetus rusa;
Yang manis bernama budi,
Yang indah itu bahasa.


Anak teruna menanam betik,
Buah cempedak dalam raga;
Apalah guna berwajah cantik,
Kalau kurang budi bahasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >