Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Zhulkarnain kini pengerusi Bulan Bahasa, Fahmi pengerusi MBMS

Aug 1, 2023 | 8:05 PM
PENGERUSI BARU BULAN BAHASA: Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, AP GRC Choa Chu Kang, adalah pengerusi baru Jawatankuasa Bulan Bahasa mulai 1 Ogos.
PENGERUSI BARU BULAN BAHASA: Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, AP GRC Choa Chu Kang, adalah pengerusi baru Jawatankuasa Bulan Bahasa mulai 1 Ogos. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Anggota Parlimen (AP) GRC Choa Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, akan menjadi pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa mulai 1 Ogos, menggantikan Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam.

Mengulas tentang peranan barunya itu, Encik Zhulkarnain berkata beliau mahu meneruskan kerja baik jawatankuasa itu dengan pendekatan lebih mesra.

“Kita harap dapat menjangkau semua lapisan masyarakat dengan inisiatif dan program baru untuk melestarikan bahasa ibunda kita.

“Dengan adanya program Bulan Bahasa sedia ada, kita ingin melibatkan ramai lagi rakan kongsi bagi memperjuangkan bahasa ibunda kita untuk melestarikan bahasa Melayu yang berpotensi merentasi sempadan negara, Nusantara dan semua lapisan masyarakat,” katanya.

Mulai tarikh sama, AP GRC Marine Parade yang juga Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, akan menjadi pengerusi Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS), menggantikan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Encik Fahmi berkata beliau berbesar hati diberi kepercayaan dan tanggungjawab meneruskan usaha baik MBMS dan mengukuhkan asas yang dibina Dr Faishal dan pengerusi sebelumnya.

“Bahasa dan kesusasteraan Melayu bukan saja aspek penting dalam warisan dan budaya Melayu, malah aspek yang menyatukan kita sebagai sebagai sebuah masyarakat.

“Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan ahli MBMS yang lain untuk meneruskan usaha kita,” kata Encik Fahmi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg