Mengukuh semangat orang kita dituduh asabiyyah semata-mata dihina dijajah dihamba ditawan terima pasrah tanpa melawan yang terang berpemikiran salah tohmah pejuang memecah belah walau kita pun bukan malaikat malah seringkali tidak sepakat kita tidak sejahanam penakluk menindas kejam lepas memeluk yang kilau tidak semesti emas tapi tak perlu risau atau cemas berpaksi agama maha saksama semua bangsa kita layan sama selagi keadilan tiang perpaduan kita bukan penyebar kekacauan kitalah kaum paling bersopan budinya kita paling hadapan tiada budaya bermaaf salaman melainkan kita sejak berzaman kita bukan peruntuh peradaban meski tertekan selalu terkorban.
13 JUL 2022 SHAFIQUOTES


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg