Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

30 ditahan dalam operasi banteras jenayah di Geylang

Dec 27, 2023 | 05:34 PM



Seramai 18 lelaki dan 12 wanita, berusia antara 24 dengan 65 tahun, telah ditahan dan disiasat atas pelbagai kesalahan selepas satu siri operasi penguatkuasaan di Geylang.

Menurut polis pada 27 Disember, beberapa operasi penguatkuasaan itu diadakan dari 27 November hingga 9 Disember.

Ia adalah sebahagian daripada langkah membanteras kegiatan jenayah pada akhir tahun di serata negara, termasuk perjudian haram, kegiatan maksiat dan penjualan makanan tambahan yang didakwa dapat memperbaiki prestasi seks, lapor The Straits Times (ST).


Operasi di Geylang yang diketuai Divisyen Polis Bedok itu turut melibatkan anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Biro Narkotik Pusat (CNB), Penguasa Sains Kesihatan (HSA), Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), Kastam Singapura, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Agensi Makanan Singapura (SFA).

Dalam beberapa serbuan di lorong Geylang, anggota dan pegawai polis merampas pelbagai produk kesihatan yang tidak berdaftar seperti ubat batuk sirap dan produk makanan tambahan yang dikatakan dapat memperbaiki prestasi seks, dengan anggaran nilai pasaran gelap berjumlah $15,300.

Kira-kira 45 gram kristal dadah jenis ‘Ice’ bernilai sekitar $13,800 turut dirampas, kata polis.

Dua lelaki, berusia 53 dan 59 tahun, disiasat atas kesalahan di bawah Akta Produk Kesihatan.

Tujuh wanita ditahan atas kesalahan di bawah Piagam Wanita di kedai urut, pusat hiburan awam dan hotel.

Kesemua mereka berusia antara 31 dengan 48 tahun.

Lima lagi wanita ditahan atas kesalahan di bawah Akta Pekerjaan bagi Pekerja Asing, tambah polis.

Pada 1 Disember, pegawai Kastam Singapura merampas sembilan karton, 12 paket dan 38 batang rokok yang tidak dibayar cukai.

Seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan, manakala tujuh lelaki berusia antara 30 dengan 45 tahun didenda kerana memiliki rokok seludup.

Pada 8 Disember, pegawai LTA melakukan serbuan di sekitar kawasan Geylang dengan menyasarkan penggunaan alat mobiliti peribadi (PMD) dan basikal menggunakan kuasa (PAB) yang diubah suai secara haram.

Tiga lelaki, berusia antara 38 dengan 49 tahun, disiasat kerana kesalahan di bawah Akta Mobiliti Aktif.

Dalam satu kenyataan pada 22 Disember, polis menyatakan lebih 1,390 orang disiasat atas pelbagai kesalahan selepas satu operasi penguatkuasaan hujung tahun di serata Singapura, yang tertumpu kepada kawasan hiburan, termasuk Geylang.

Operasi selama sebulan itu diadakan dari 15 November hingga 18 Disember.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >