Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

97% kemalangan eskalator dek salah pengguna: BCA

Nov 27, 2023 | 07:57 PM



Sebilangan besar kemalangan yang berlaku di eskalator, atau tangga elektronik, sepanjang 10 bulan pertama 2023 berpunca daripada kesalahan dan kecuaian orang ramai yang tidak menggunakannya dengan betul.

Dalam satu kenyataannya pada Isnin, Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) berkata orang ramai yang bergelut dengan barangan besar dan berat seperti kereta sorong bayi, beg bagasi dan troli beli-belah menjadi punca utama kemalangan, atau insiden, eskalator – membentuk sekitar 17 peratus daripada jumlah kemalangan.

Lebih separuh daripada mereka yang terlibat dalam kemalangan eskalator berusia 55 tahun ke atas, lapor The Straits Times.


Sebanyak 632 kemalangan eskalator dilaporkan dari Januari hingga Oktober 2023, dan 97 peratus, atau 616 kes, disebabkan tingkah laku pengguna, kata BCA.

Menurutnya, punca utama lain bagi kemalangan eskalator termasuk:

– pengguna yang bergerak di eskalator atau tidak memegang susur tangan (16 peratus);

– keadaan kesihatan fizikal seseorang, contohnya menaiki eskalator ketika pening (12 peratus);

– tidak memberi perhatian, contohnya mengguna telefon bimbit di eskalator ( 11 peratus); dan

– kasut atau bahagian badan tersepit pada tangga eskalator, terutama melibatkan kanak-kanak kecil (9 peratus).

Hanya kurang 3 peratus kemalangan disebabkan kerosakan mekanikal, seperti susur tangan terhenti semasa eskalator beroperasi, kata BCA.

Ia juga berkata data tersebut menunjukkan perlunya lebih banyak inisiatif tersasar diadakan untuk meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan eskalator secara selamat.

Kini, terdapat lebih 7,000 eskalator di Singapura, tambahnya.

“Memandangkan kadar kemalangan tinggi dikaitkan dengan tingkah laku pengguna, kami menggesa orang ramai supaya lebih sedar dan berhati-hati ketika mengguna eskalator.

“Kami akan terus bekerjasama dengan masyarakat dan rakan industri kami untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan, khususnya dalam kalangan warga emas dan ibu bapa kanak-kanak kecil,” ujar pengarah bagi kejuruteraan elektrik dan mekanikal kumpulan BCA, Encik Teo Orh Hai.

Agensi itu menasihatkan orang ramai yang membawa barang berat, atau mereka yang agak sukar berjalan, atau berasa tidak sihat, supaya menggunakan lif.

Ibu bapa juga harus mengawasi dan menemani anak kecil mereka ketika menaiki eskalator, tambahnya.

BCA berkata ia juga bekerjasama dengan syarikat Frasers Property dan pengeluar eskalator Schindler untuk mengadakan satu bengkel pada Disember ini yang akan mendidik kanak-kanak cara menggunakan eskalator dengan selamat.

Bengkel itu akan diadakan pada 2 Disember di pusat beli-belah Century Square di Tampines.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >