Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID DARUL MAKMUR

Acara Hi-Tea Amal sokong dana pertingkat masjid

Dec 29, 2023 | 05:31 AM



Dengan dana $6 juta yang ingin dikumpulkan, Masjid Darul Makmur bakal menganjurkan acara Hi-Tea Amal pada awal tahun depan. Acara ini dianjurkan untuk dana peningkatan masjid yang kerja peningkatan telah bermula pada Mei tahun 2023 ini.

Acara Hi-Tea yang gah ini akan diadakan pada Sabtu, 20 Januari 2024. Ia bakal diadakan berserta dengan acara ‘Talk-Show’ yang akan disampaikan oleh asatizah mampan yang telah berkhidmat lebih daripada 30 tahun di Masjid Darul Makmur iaitu Ustazah Suhanah Ahmad, bersama mantan Mufti Singapura, Ustaz Dr Mohamed Fatris Bakaram.

Acara ‘talk-show’ secara santai ini akan membicarakan tajuk mengenai perihal keluarga, khususnya mengenai hubungan antara mertua dengan menantu.

Masjid Darul Makmur genap berusia 36 pada tahun ini dan seperti biasa, banyak perubahan dan peningkatan perlu dilaksanakan agar terus kekal relevan dan sesuai dengan keperluan dan kehendak jemaah pada masa ini.

Sebelum penutupan masjid pada Mei tahun 2023 ini, jemaah Masjid Darul Makmur melimpah-ruah sehingga ramai yang menunaikan solat Jumaat dan Hari Raya di kawasan terbuka masuk ke masjid dan juga kolong blok kejiranan.

Menyingkap kembali perjalanan masjid yang terletak di Yishun Avenue 2 ini, Pengerusi Eksekutifnya, Encik Izuan Mohd Rais, berkata perancangan untuk melakukan kerja peningkatan masjid ini telah diusulkan sejak beberapa tahun yang lalu, memandangkan juga usia masjid ini yang hampir 40 tahun.

“Pelan mendirikan sebuah masjid tercetus oleh sukarelawan dan pemimpin masyarakat di kejiranan Yishun pada 1984. Sokongan yang diberikan oleh masyarakat di kawasan estet perumahan kejiranan yang baru ketika itu amat menggalakkan sekali. Masjid Darul Makmur telah dibuka secara rasmi pada Julai 1987,” jelas Encik Izuan.

Demi meneruskan legasi pemimpin terdahulu, ahli Lembaga Pentadbir Masjid Darul Makmur bagi penggal ke-15 itu bersama warga kerja masjid sepenuh masa sedang giat mengumpul dana bagi menampung kos peningkatan masjid yang sedang dijalankan.

Antara tumpuan utama sewaktu proses peningkatan ini adalah menyediakan sebuah lif bagi memudahkan jemaah bergerak dari aras 1 ke aras 3. Buat masa ini, masjid yang dikenali dengan cogan kata ‘Masjid Tanpa Sempadan’ itu tidak mempunyai lif dan jemaah yang hadir dari aras 1 perlu menaiki tangga hingga ke aras 3.

“Dengan adanya lif ini, ia akan dapat memudahkan lagi khususnya golongan Muslimah di mana dewan solat mereka berada di aras 3. Kami amat prihatin mengenai keselesaan jemaah terutama sekali golongan warga emas yang termengah-mengah perlu menaiki tangga hingga ke aras 3,” ujar Encik Izuan.

Beliau turut memberitahu bahawa pengumpulan dana peningkatan telah bermula sejak sambutan ulang tahun masjid yang ke-30 pada 2017. Pelbagai kegiatan pengumpulan dana telah dijalankan demi memastikan kewangan masjid mantap bagi menjalani proses peningkatan apabila tiba masanya.

Menyambut baik pelan bagi mengadakan lif untuk kegunaan semua, jemaah tetap, Encik Mohd Noh Abdullah, 73 tahun, mengalu-alukan usaha murni ini.

“Saya dan ramai lagi warga emas perlu menaiki tangga dari aras 1 untuk ke dewan solat utama. Dengan adanya lif, ia amat memudahkan golongan warga emas, terutama sekali mereka yang berkerusi roda atau PMD. Harapan saya juga dengan peningkatan ini, jemaah tidak perlu lagi solat di luar masjid sewaktu solat Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji kerana kawasan dalam masjid tidak dapat menampung bilangan besar jemaah yang hadir.”

Buat masa ini, masjid dapat menampung sekitar 3,000 jemaah setiap waktu dan pihak masjid merancang akan menambah kapasiti ruang solat kepada lebih daripada 4,600 jemaah. Buat masa ini juga, terdapat 1,000 pelajar madrasah aLIVE yang mengikuti program madrasah mingguan.

Ini adalah fokus utama sewaktu peningkatan selain memastikan ruang masjid kondusif, kelas pengajian yang lebih selesa dan ruang yang mudah digunakan oleh warga emas. Buat masa ini, ruang solat dan kelas-kelas pengajian madrasah amat terhad.

Pihak masjid berharap masyarakat dapat menyokong usaha pengumpulan dana peningkatan dengan menyokong acara Hi-Tea Amal yang akan dianjurkan pada Januari tahun hadapan.

“Sokonglah usaha Masjid Darul Makmur dalam mencari dana untuk projek peningkatan agar masjid dapat terus menjadi nadi pusat dakwah dan menyebarkan Rahmah,” ujar Ustaz Dr Mohamed Fatris, yang turut bersama-sama menjayakan acara Hi-Tea Amal anjuran Masjid Darul makmur itu kelak.

DERMA UNTUK PROJEK PENINGKATAN


Sumbangan derma untuk Projek Peningkatan Masjid Darul Makmur boleh dilakukan melalui:

1. PayNow ke UEN: S87MQ0033J (Rujukan: Wakaf/Infak).

2. Pemindaan bank ke dalam akaun semasa OCBC 581-652138001 (Rujukan: Wakaf/Infak).

3. Melalui cek ke atas nama ‘MASJID DARUL MAKMUR’ dan dihantar melalui pos ke alamat 950 Yishun Avenue 2, Singapura 769099.

4. Hubungi pihak Masjid di talian 6752-1402 untuk pengambilan derma $500 ke atas dari rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >