Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Aktif damping masyarakat; giat kumpul baki dana $6j dalam dua tahun

Jul 28, 2023 | 05:31 AM



Penduduk dan masyarakat Islam di Yishun khususnya bakal memanfaatkan ruang yang lebih luas dan juga kemudahan lebih terkini apabila projek peningkatan selesai kelak.

Kawasan Yishun Street 20 pula, yang berdekatan taman bersebelahan masjid yang biasanya penuh pada waktu pagi dengan penduduk kejiranan datang bersenam, akan juga dapat beroleh manfaat daripada beberapa daya usaha yang bakal dijalankan sewaktu proses peningkatan.

Malah, setelah selesai bersenam, kelihatan juga ada yang menggunakan pendingin air (water-cooler) yang disediakan di pintu masuk kawasan Masjid Darul Makmur untuk diminum atau mengisi botol air. Ini adalah antara ciri mesra masyarakat yang disediakan oleh masjid demi menabur ihsan kepada semua.


Pada masa yang sama, Masjid Darul Makmur masih berusaha mengumpul dana untuk kerja peningkatan yang telah bermula pada April lalu.

Pihak warga kerja masjid mengharapkan sokongan dan juga sumbangan derma daripada masyarakat agar semua proses berjalan dengan lancar.

Menurut Pengurus Masjid Darul Makmur, Ustaz Ruhaizan Abdullah, setakat ini, sambutan yang diterima begitu memberangsangkan, namun masih banyak lagi dana yang perlu dikumpulkan.

“Buat masa ini, setengah daripada jumlah yang diperlukan telah dikumpul. Kami menerima sokongan yang menggalakkan daripada masyarakat dan usaha pengumpulan dana yang sedang dijalankan buat masa ini sedang diteruskan agar jumlah dana yang kami sasarkan dapat dicapai,” jelas Ustaz Ruhaizan.

Masjid Darul Makmur yang sudah dibangunkan selama 36 tahun, perlu melakukan kerja peningkatan berskala besar agar ia dapat memberi keselesaan kepada jemaah yang semakin bertambah.

Apatah lagi banyak flat Bina Ikut Tempahan (BTO) baru yang telah siap dan juga sedang dibangunkan di kawasan kejiranan Yishun dan juga Canberra.

Buat masa ini, masjid dapat menampung sekitar 2,500 jemaah setiap waktu dan ia merancang menambah kapasiti ruang solat kepada lebih daripada 3,500 jemaah.

Kini, terdapat lebih 1,000 pelajar madrasah aLIVE yang mengikuti program madrasah mingguan di masjid itu. Ini adalah fokus utama sewaktu peningkatan selain memastikan ruang masjid kondusif, kelas pengajian lebih selesa dan ruang mudah digunakan warga emas.

Masjid Darul Makmur yang ditutup buat masa ini untuk kerja peningkatan masih tetap aktif dalam program mendampingi masyarakat.

Solat Jumaat yang dikendalikan di bekas tapak Sekolah Menengah North View di Yishun Ring Road, merupakan satu platform pihak masjid agar masih dapat mendekati masyarakat Yishun yang hadir di situ sewaktu kerja peningkatan diteruskan.

“Ruang yang disewa di bekas tapak sekolah ini juga memerlukan dana untuk dibayar sewa, kos bil elektrik dan air. Jadi, perbelanjaan bulanan di tapak ini juga amat memerlukan sumbangan oleh dermawan selain dana peningkatan masjid,” ujar Ustaz Ruhaizan.

Buat masa ini, ruang yang disewa di tapak sekolah amat terhad sehingga pihak masjid mengadakan dua kali sesi solat Jumaat setiap minggu agar dapat memuatkan lebih ramai anggota jemaah yang hadir.

Antara peralatan yang perlu diperbaiki pihak masjid ialah peralatan sistem audio visual. Sistem ini menjadi salah satu alat yang penting di masjid, terutama sekali sewaktu solat, kuliah agama dan kegiatan lain.

Penggunaan alat audio seperti pembesar suara, mikrofon dan skrin monitor pada setiap hari sepanjang tahun telah menyebabkan beberapa kerosakan teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Jemaah yang hadir di majlis-majlis juga tidak dapat menghayati apa yang disampaikan oleh asatizah dan ia mengganggu tumpuan mereka semasa solat, khususnya ketika mendengar bacaan imam.

Oleh itu, alat audio akan digantikan dengan sistem yang lebih canggih dan bermutu supaya jemaah dapat menghayati dan berasa khusyuk semasa majlis sedang jalankan.

Ketika ini, Masjid Darul Makmur ditutup dan ruang kecil untuk solat harian telah disiapkan. Ruang ini akan dibuka di antara 10 pagi dengan 9 malam setiap hari untuk memberikan ruang buat pekerja dan pemandu menunaikan solat.

Sebuah pejabat kaunter derma juga beroperasi bagi membolehkan masyarakat hadir memberi sumbangan derma mereka.

“Kerja ubah elok sedang giat dijalankan dan pihak masjid memohon sokongan daripada masyarakat agar sama-sama membantu mencapai jumlah dana yang masih diperlukan,” ujar Ustaz Ruhaizan.

Masjid Darul Makmur berharap dapat mengumpulkan lagi baki $6 juta dalam masa dua tahun ini.

Pihak masjid juga amat mengalu-alukan sumbangan derma untuk Projek Peningkatan Masjid Darul Makmur yang boleh dilakukan melalui cara berikut:

1. PayNow ke UEN: S87MQ0033J (Rujukan: Wakaf).

2. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 581-652138001 (Rujukan: Wakaf).

3. Melalui cek atas nama ‘MASJID DARUL MAKMUR’ dan dihantar melalui pos ke alamat 950 Yishun Avenue 2, Singapura 769099.

4. Hadir di pejabat sementara Masjid Darul Makmur, 950 Yishun Avenue 2, Singapura 769099 (Isnin hingga Jumaat, dari 10 pagi hingga 4 petang).

5. Pengambilan derma dari rumah: Hubungi talian 6752-1402 pada waktu pejabat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >