Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Bakal anjur kursus pemahaman fatwa; turut perjelas proses dan perubahan

Jul 28, 2023 | 05:30 AM



Pengeluaran sesuatu fatwa tidak semestinya diterima dengan pemahaman yang sama oleh semua umat Islam di sesebuah negara, dan Singapura tidak terkecuali.

Berdasarkan keadaan ini, Masjid Alkaff Kampung Melayu telah mengorak langkah untuk mengadakan satu kursus khas mengenai pemahaman fatwa dinamakan ‘10 perkara yang patut anda tahu mengenai pengeluaran fatwa di Singapura’.

Ia akan berlangsung mulai 12 Ogos hingga 9 September 2023 ini dalam lima sesi pada setiap Sabtu, 11.30 pagi hingga 1 tengah hari. Tempatnya di dewan serbaguna masjid tersebut di Bedok Reservoir Road dan terbuka kepada orang dewasa, lelaki dan wanita.

Menjelaskan lebih lanjut, Ketua Jabatan Dakwah Masjid Alkaff, Ustaz Sheikh Umar Abdul Aziz, berkata:

‘‘Ada beberapa sebab mengapa kursus ini diadakan. Pertama, untuk membantu penduduk Islam kita faham bagaimana sesuatu fatwa itu dikeluarkan. Ini penting sebab setelah mereka faham, barulah mereka dapat menghargai usaha yang dijalankan oleh jawatankuasa fatwa yang mengeluarkan fatwa itu, dan seterusnya ini akan membuat mereka menghargai fatwa tersebut.

‘‘Mengeluarkan fatwa bukan sesuatu yang mudah, tetapi ia akan memandu kehidupan kita. Tapi, apa yang terjadi ialah ada orang Islam yang membuat keputusan sendiri sebelum mengambil peluang membaca dan memahami fatwa baru yang dikeluarkan itu.’’

Pembimbing kursus ini kelak ialah Ustaz Dr Mohammad Rizhan Leman, anggota bersekutu Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis). Beliau berkelulusan ijazah Doktor Falsafah (PhD) jurusan Fiqh dan Usul Fiqh daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia.

Ustaz Sheikh Umar menambah, mereka yang menceburi bidang agama dan mereka dalam senarai Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) digalakkan mengikuti kursus ini.

Namun, yang penting, sesiapa sahaja yang berasa mereka kurang ilmu dan mahu meningkatkannya, digalakkan ikut sama dan usaha mereka akan menjadi amal salih, katanya.

Mereka yang mahu mengikuti kursus ini boleh mendaftar di pejabat Masjid Alkaff, melalui kod QR masjid atau ke Instagram masjid itu. Bayarannya ialah $50 seorang.

LIMA TAJUK DIPERJELAS

1. ‘Pengenalan kepada Fatwa’ dan ‘Adab seorang Muslim terhadap Mufti’ pada 12 Ogos.

2. ‘Proses Pengenalan Fatwa’ dan ‘Perubahan Fatwa’ pada 19 Ogos.

3. ‘Fatwa di Media Sosial’ dan ‘Kepentingan Menggabungkan Dua Jenis Fiqh dalam Pengeluaran Fatwa’ pada 26 Ogos.

4. ‘Dua Jenis Pendekatan dalam Pengeluaran Fatwa’ dan ‘Pendekatan Jawatankuasa Fatwa Singapura dalam Pengeluaran Fatwa’ pada 2 September.

5. ‘Manhaj (jelas) Pengeluaran Fatwa’ dan ‘Pengeluaran Fatwa di Singapura dan Kaitannya dengan Kepelbagaian Pendapat Ulama’ pada 9 September.

KURSUS LAIN

Terdahulu, masjid itu telah mengadakan pelbagai program termasuk kursus mandi jenazah dan kursus solat, selain kuliah tafsir Al-Quran dan bengkel hafal surah-surah ringkas untuk orang muda.

Kegiatan-kegiatan ini merupakan antara usaha Masjid Alkaff untuk terus menarik jemaah ke masjid itu agar mereka tahu kegiatannya seperti projek peningkatannya yang sedang dalam perancangan dan usaha mencari dana bagi menampung projek itu.

Malah, usaha mendapatkan dana daripada jemaah dan juga masyarakat di sekeliling telapun dimulakan dan orang ramai boleh menderma melalui cara-cara yang dimuatkan di sini.

Menurut Ustaz Sheikh Umar, sejak dibina pada 1994, Masjid Alkaff Kampung Melayu belum pernah menjalani peningkatan.

CARA MENDERMA BAGI DANA PENINGKATAN MASJID ALKAFF KAMPUNG MELAYU

• Pemindahan bank – OCBC: 581-608668-001. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’ di bahagian ‘rujukan’ dan e-mel tangkap layar transaksi kepada finance@alkaffkm.mosque.org.sg

• Cek kepada LPM ALKAFF KG MELAYU. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’, nama, alamat dan nombor telefon anda di belakang cek dan kirimkan kepada Masjid Alkaff Kampung Melayu, 200 Bedok Reservoir Road, Singapura 479221.

• Langsung ke Pejabat Masjid dari Isnin hingga Jumaat: 9 pagi hingga 5.30 petang.

• Khidmat pungutan derma dari rumah, sila hubungi talian: 6242-7244 untuk mengatur janji temu.

• PayNow UEN: S94MQ0017D, atau Imbas kod QR yang diberi. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’ di bahagian ‘rujukan’.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >