Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Bekas anggota NSF didakwa rakam video, foto intim lelaki lain di kem komando

Sep 15, 2023 | 03:15 PM



Seorang bekas anggota perkhidmatan negara sepenuh masa (NSF) Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) didakwa merakam beberapa video dan gambar intim lelaki di kem komando Hendon, tempat dia bekerja sebagai penolong pembekal.

Teo Hong Wei, yang bukan seorang komando dan berpangkat prebet, dituduh melakukan kesalahan tersebut di kem yang terletak di Changi itu pada 2019 dan 2020.

Dalam satu kenyataan kepada The Straits Times pada Khamis, Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata Teo telah selesai menjalani NS-nya pada 2021.

Jurucakap Mindef menambah: “SAF mengekalkan piawaian disiplin dan integriti yang tinggi dalam kalangan kakitangannya. Anggota perkhidmatan yang melakukan kesalahan akan dihukum mengikut undang-undang.”

Teo, 27 tahun, dikatakan melakukan kesalahan sama di Universiti Pengurusan Singapura (SMU) pada Januari dan Februari 2021.

Pada Ogos 2023, dia didakwa atas 10 pertuduhan mengintai dan satu pertuduhan memiliki video lucah.

Butiran mengenai mangsa dan bagaimana kesalahan-kesalahan itu terbongkar tidak didedahkan dalam dokumen mahkamah.

Teo dituduh memulakan jenayahnya di Kem Hendon pada 14 November 2019 apabila dia dikatakan menggunakan telefon bimbitnya untuk merakam video sepanjang 46 saat seorang lelaki yang sedang mandi sekitar 9 pagi pada hari itu.

Ketika berada di kem itu 14 hari kemudian, dia juga didakwa menggunakan alat tersebut untuk memetik 431 gambar lelaki lain yang sedang mandi di bilik mandi.

Teo dikatakan mengulangi kesalahan serupa sebanyak enam kali di kem itu sehingga 30 Disember 2020.

Pada 15 Januari 2021, Teo turut dituduh menggunakan telefon bimbitnya untuk merakam lima video seorang lelaki yang sedang mandi di SMU.

Dia juga dikatakan telah menggunakan alat tersebut untuk merakam empat lagi video serupa di universiti itu pada Februari 2021.

Dokumen mahkamah tidak menyatakan sama ada Teo seorang pelajar atau kakitangan di SMU pada ketika itu.

Teo dijangka mengaku bersalah pada 26 Oktober.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >