Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

DARUL AJYAL LEARNING CENTRE & SERVICES

Berwisata, sembelih sendiri haiwan di Kemboja dan Indonesia

Jun 16, 2023 | 05:52 AM



Sempena perayaan Aidiladha, Darul Ajyal Learning Centre & Services menaswarkan pakej istimewa, Pakej Eksklusif 7 -dalam-1 kepada masyarakat Islam Singapura. Pakej yang merangkumi segala keperluan umat Islam ini sangat berbaloi dalam memastikan ibadah korban dapat dilaksanakan dengan kebajikan berganda.


Menurut Pengasas pusat itu, Ustaz Ismail Ahmat El-Ajyali, pakej menarik ini bukan hanya melibatkan perkhidmatan penempahan daging korban malah ia dapat menjadi platform amal jariah kepada peserta.  

Beliau menambah: “Pakej kami berkonsepkan pelaksanaan korban sambil beramal jariah. Contohnya, jika anda memilih pakej kambing Indonesia yang bernilai $220 atau kambing Kemboja $350, anda bukan sahaja membeli kambing korban, bahkan jumlah tersebut sebenarnya disalurkan kepada amal jariah. 

“Hal ini kerana, sedikit daripada jumlah tersebut akan digunakan untuk wakaf pembangunan masjid bagi golongan mualaf di Kemboja, pengagihan beras dua kilogram, wakaf Al-Quran, jamuan kepada fakir miskin, tiga salinan gambar korban, dan salinan sijil penyertaan,” ujarnya.

Pilihan binatang korban lain dengan harga berpatutan ialah lembu Kemboja ($1,150) dan lembu Indonesia ($1,250).

Bagi mereka yang berminat menyaksikan penyembelihan korban secara langsung pula, Darul Ajyal Learning Centre & Services turut menyediakan pakej Korban Wisata Indonesia yang berharga $1,000 dan Korban Wisata Kemboja yang bernilai $900 bagi setiap seorang.


“Pakej Korban Wisata sudah termasuk dengan harga tiket, penginapan, pengangkutan, insurans, panduan dan lain-lain. Lebih istimewa lagi, mereka yang membuat tempahan korban boleh memilih haiwan korban, malah boleh melakukan menyembelih sendiri, sekiranya mereka arif tentang cara-cara penyembelihan haiwan korban. 

“Selain melaksanakan ibadah korban di Kemboja atau Indonesia, peserta juga dapat meluangkan masa berkunjung ke tempat-tempat menarik sebagai usaha menghayati kebesaran Allah swt dan menyaksikan tempat-tempat wakaf pembangunan, hasil daripada sumbangan masyarakat Islam Singapura.


“Oleh itu, keprihatinan masyarakat Islam sangat diperlukan, khususnya ketika musim ibadah korban ini bagi menggembirakan hati dan mengurangkan kesempitan hidup golongan memerlukan. 

“Insya-Allah, wadah ini dapat dijadikan sebagai lubuk pahala orang Mukmin yang ingin menyumbang harta dan meningkatkan keimanan mereka kepada Allah swt,” jelas Ustaz Ismail Ahmat El-Ajyali.


MAKLUMAT PENTING


Cara tempah pakej eksklusif ibadah korban:

Hubungi talian 6822-7964 atau WhatsApp ke talian 9784-7964.
E-mel kepada ismail@darulajyal.com.
Isi borang permohonan di laman https://darulajyal.com/ibadah-korban/.

Sumbangan kepada wakaf kebajikan:
Selain menyumbang dalam ibadah korban, umat Islam juga masih boleh menyampaikan sumbangan wakaf kebajikan dan membantu mereka yang memerlukan.


Cara menghulur sumbangan:
PayNow ke 9784-7964.
Hantar cek atas nama Darul Ayjal Learning Centre & Services.
Pemindahan wang ke dalam akaun simpanan POSB: 024-50506-5.
Pemindahan wang ke dalam akaun semasa bank UOB: 3643 0432 52.
Sila hantar salinan bayaran selepas membuat pemindahan ke talian 9784-7964.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >