Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bulan Bahasa 2017 dilancar

Acara bahasa tahunan dilancar, dengan usaha dipertingkat bagi mendekati penduduk di estet perumahan.
Sep 09, 2017 | 06:05 PM



Bulan Bahasa 2017 – acara tahunan yang meraikan bahasa dan budaya Melayu –  telah dilancar pada 9 September, dengan usaha lebih meluas untuk mendekati penduduk di kawasan perumahan.



Lebih 100 program yang memaparkan keindahan bahasa Melayu telah dianjurkan sejak 15 Ogos, dan akan ditambah dengan beberapa program lain sehingga 15 Oktober nanti. Lebih 25 Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) juga mengambil bahagian tahun ini, peningkatan berlipat ganda berbanding tiga tahun lalu, apabila sambutan bulan bahasa kali pertama dibawa ke estet perumahan. 



Bagi mendekati penduduk, beberapa acara khas turut dirancang di estet perumahan Tampines, Nee Soon, Chua Chu Kang, Jurong dan Sembawang, bermula esok.



Bercakap di majlis pelancaran yang diadakan di Taman Warisan Melayu (TWM) di Kampong Gelam, pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa, Cik Rahayu Mahzam melahirkan harapan agar bahasa dan budaya Melayu terus diwariskan kepada generasi muda dan yang akan datang.

“Keindahan bahasa dan budaya Melayu harus dikongsi, terutamanya dengan anak muda kita, untuk memastikan bahasa dan budaya berterusan dan kekal abadi.”



Tema Bulan Bahasa 2017 ialah ‘Ilmu, Budaya, Mesra’.



Dalam kenyataannya, Jawatankuasa Bulan Bahasa 2017 berkata ia mempelawa masyarakat  'menggunakan bahasa Melayu untuk tujuan meraih dan menyampaikan ilmu, memasyarakatkan kemurnian adab dan budaya serta mengukuhkan jalinan kemesraan sesama kita’.



Pengunjung ke TWM sempena pelancaran itu disajikan dengan beberapa kegiatan menarik, yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Bulan Bahasa dengan sokongan pertubuhan seni Melayu dan pihak berkepentingan di Kampong Gelam.

Restoran Mamanda, yang terletak di Gedung Kuning, menganjurkan program jejak warisan makanan bagi penggemar makanan Melayu, sementara kumpulan persembahan seni Sriwana mementaskan persembahan yang menyusur sejarah penduduk Kampong Gelam, di Bussorah Street.

Dalam pada itu, acara khas bagi melancarkan Bulan Bahasa 2017 juga akan diadakan di beberapa estet perumahan pada hujung minggu ini dan hujung minggu depan.



Acara ini akan berlangsung di Our Tampines Hub (10 September), Kelab Masyarakat Woodlands dan Pusat Beli-Belah Northpoint (16 September) dan Kelab Masyarakat Bukit Batok East (17 September).





Muat turun jadual acara penuh di [embed]http://mbms.sg/en[/embed]




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >