Encik Dexter Tay telah dilantik sebagai pengarah eksekutif Persatuan Pengguna Singapura (Case) pada 1 April.
Beliau menggantikan Cik Lee Siow Hwee, yang menerajui persatuan itu sejak 2021. Beliau dipinjamkan daripada Persatuan Rakyat (PA).
Encik Tay, yang sebelum ini merupakan timbalan pengarah Case, telah bekerja di pelbagai agensi sektor awam termasuk Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE), Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), lapor The Straits Times.
Cik Lee, semasa memegang jawatan tersebut, telah membantu memperkemas perkhidmatan pengguna Case di tengah-tengah pandemik Covid-19, memperkenalkan pengantaraan dalam talian untuk pengguna menyelesaikan pertikaian dan melancarkan laman web sehenti yang membolehkan pengguna mendapatkan jawapan bagi pertanyaan mereka sepanjang masa.
Beliau juga membantu meluaskan khidmat penyelesaian pertikaian Case kepada lebih satu juta anggota NTUC pada 2022, membolehkan mereka menggunakan perkhidmatan tersebut secara percuma.
Pada 2024, Cik Lee melancarkan Price Kaki Champions, kerjasama antara Case dengan PA.
Program itu menyaksikan kira-kira 2,000 sukarelawan direkrut untuk mencari tawaran menarik di sekitar kawasan kejiranan dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang platform perbandingan harga Price Kaki.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Siow Hwee atas sumbangannya dalam tiga tahun yang lalu. Beliau memainkan peranan penting dalam memimpin Case mengharungi pandemik Covid-19 dan bertindak balas terhadap trend dan cabaran pengguna yang timbul.
“Sebagai pengarah eksekutif, beliau telah mempertingkatkan rangkaian perkhidmatan Case kepada pengguna, meluaskan jangkauan perkhidmatan penyelesaian pertikaian kami kepada lebih ramai pengguna dan mengembangkan kumpulan sukarelawan komuniti kami,” jata Presiden Case, Encik Melvin Yong.
“
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Siow Hwee atas sumbangannya dalam tiga tahun yang lalu. Beliau memainkan peranan penting dalam memimpin Case mengharungi pandemik Covid-19 dan bertindak balas terhadap trend dan cabaran pengguna yang timbul.”Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg