SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Cuba buka pintu MRT: Lelaki didakwa ganggu ketenteraman awam

Cuba buka pintu MRT: Lelaki didakwa ganggu ketenteraman awam

Dec 8, 2023 | 6:19 PM

Cuba buka pintu MRT: Lelaki didakwa ganggu ketenteraman awam

TINDAKAN BAHAYA: Vanessa Wang Zi Qi didakwa cuba membuka pintu kereta api yang sedang bergerak. 
TINDAKAN BAHAYA: Vanessa Wang Zi Qi didakwa cuba membuka pintu kereta api yang sedang bergerak.  - Foto fail

Seorang lelaki yang dikatakan orang yang dirakam dalam video cuba membuka pintu kereta api yang sedang bergerak, telah didakwa dengan dua tuduhan menyebabkan gangguan awam dan satu tuduhan membuat serangan.

Vanessa Wang Zi Qi, 47 tahun, yang hadir di mahkamah daerah pada 7 Disember, diperintah reman di Institut Kesihatan Mental (IMH) untuk pemeriksaan kesihatan, lapor The Straits Times (ST).

Dokumen mahkamah mengenal pasti Wang sebagai lelaki, walaupun video kejadian dalam kereta api itu menunjukkan seseorang mengenakan pakaian perempuan.

Pada 27 November, Wang didakwa menimbulkan gangguan kepada penumpang kereta api kerana cuba membuka pintu di stesen Braddell.

Dia dituduh melakukan kesalahan serupa dua hari kemudian, apabila dia dikatakan mengganggu penumpang di dalam kereta api dengan menjerit dan cuba membuka pintu di stesen Ang Mo Kio.

Dia juga dikatakan menendang kaki seorang lelaki di stesen itu pada hari tersebut.

Dalam video yang tersebar luas dalam talian, seorang penumpang dilihat cuba membuka pintu kereta api yang sedang bergerak di Laluan Utara-Selatan.

Kedengaran penumpang lain menjerit, memintanya supaya menghentikan perbuatannya itu.

Menurut seorang saksi, sebahagian pintu kereta api itu terbuka seketika, sebelum penumpang lain menghalangnya daripada meneruskan tindakannya itu.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg