Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Daging korban disalur kepada 250 keluarga penerima zakat

Jun 16, 2023 | 05:30 AM



Masjid Darul Makmur sedang menjalankan usaha pengumpulan dana bagi kerja-kerja peningkatan yang telah bermula sejak penghujung April lalu.

Pihak warga kerja masjid memohon sokongan dan sumbangan derma daripada masyarakat agar proses peningkatan dapat berjalan dengan lancar.

Menurut pengerusi eksekutif Masjid Darul Makmur, Encik Izuan Mohd Rais, mereka masih memerlukan dana sebanyak $6 juta untuk mencapai sasaran kos peningkatan sebanyak $15 juta. Pihak masjid telah menerima sokongan yang menggalakkan daripada masyarakat, namun usaha pengumpulan dana sedang ditingkatkan untuk mencapai jumlah yang dikehendaki.

Imam eksekutif Masjid Darul Makmur, Ustaz Mohamad Ghouse Khan Suratte, semasa berkongsi butiran tentang program masjid itu ketika ini, berkata, walaupun masjid ditutup untuk kerja peningkatan, program pembelajaran Islam masih disediakan secara dalam talian dan juga secara fizikal dengan pelbagai tajuk dan struktur yang sistematik. Kuliah agama diadakan secara berterusan sepanjang minggu di Masjid Assyafaahdan juga program bersiri yang membincangkan topik-topik seperti Al-Quran dan tauhid.

Setelah peningkatan masjid selesai, pihak masjid merancang untuk menyediakan ruang yang lebih luas dan auditorium yang lebih selesa bagi kegunaan semua jemaah, terutama golongan dewasa dan pelajar madrasah. Penambahan ruang dewan solat, pembinaan dewan serbaguna, dan auditorium yang dapat menampung lebih ramai peserta adalah antara fokus utama dalam peningkatan ini.

Selain itu, reka bentuk pelan peningkatan masjid juga akan mempertimbang ruang yang dapat dibahagikan kepada zon-zon yang tersendiri untuk memenuhi langkah pengurusan selamat pada masa depan. Jumlah bilik darjah untuk madrasah aLIVE di Masjid Darul Makmur juga akan ditambah sehingga 12 bilik daripada tujuh bilik semasa ini bagi menampung lebih ramai pelajar.

Pihak masjid mempunyai lebih 1,000 pelajar yang mengikuti program aLIVE secara sambilan. Usaha ini dilakukan untuk menyediakan program pendidikan agama yang sesuai dalam membentuk generasi Muslim yang berakhlak mulia dan murni.

Ustaz Mohamad Ghouse, penyelaras projek Ibadah Korban anjuran Masjid Darul Makmur, juga mengajak masyarakat agar menyokong Projek Ibadah Korban yang dijalankan di Australia dan Indonesia sebagai sebahagian daripada usaha pengumpulan dana bagi peningkatan masjid. Beliau mengumumkan bahawa daging korban yang dibawa kembali ke Singapura akan disalurkan kepada lebih 250 keluarga penerima zakat yang berdaftar bersama masjid. Untuk melaksanakan ibadah korban, pendaftraran boleh dilakukan di pejabat masjid atau secara dalam talian melalui laman web campaigns.darulmakmur.sg.

Masjid Darul Makmur berharap dapat mengumpulkan baki $6 juta dalam masa dua tahun ini. Untuk bertanya lebih lanjut mengenai cara menderma, masyarakat boleh menghubungi pejabat masjid di talian 6752-1402 pada waktu pejabat.

Dengan sokongan dan sumbangan derma daripada masyarakat, diharapkan Masjid Darul Makmur dapat melengkapkan kerja-kerja peningkatan yang diperlukan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada jemaah.

Sumbangan derma untuk Projek Peningkatan Masjid Darul Makmur juga boleh dilakukan melalui cara berikut:


1. PayNow ke UEN: S87MQ0033J.
2. Pemindahan bank ke akaun: OCBC Semasa 581-652138001.
3. Melalui cek atas nama: ‘MASJID DARUL MAKMUR’ dan dihantar melalui pos ke:
950 Yishun Avenue 2, Singapura 769099.
4. Pergi ke pejabat Masjid Darul Makmur atau Masjid Assyafaah pada waktu pejabat.
5. Hubungi pejabat di talian 6752-1402 untuk pengambilan derma $500 ke atas, dari rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >