Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID JAMAE CHULIA

Dijangka siap sepenuhnya akhir 2023

Masjid Jamae Chulia masih perlukan dana dan galak semangat berwakaf
Aug 25, 2023 | 05:30 AM



Kerja naik taraf serta program peningkatan bagi Masjid Jamae Chulia yang dijalankan sejak Disember tahun lalu kini lebih 80 peratus telah siap, dan bakinya dijangka selesai pada akhir 2023. 

Selepas selesainya kerja peningkatan ini, masjid itu kelak mampu menampung sekitar 1,200 jemaah, selain boleh menampung 100 pelajar pada satu-satu masa serta menjadi masjid yang lebih mesra warga tua dan golongan kurang upaya.

Antara peningkatan yang dilakukan adalah dengan memasang sistem berhawa dingin di ruang solat serta menambah bilik darjah serta kemudahan bagi golongan kurang upaya dan warga senja di sini.

Masjid yang terletak di South Bridge Road dan berdekatan Chinatown itu berusia 197 tahun. 

Kerja peningkatan ini menelan belanja sehingga $3 juta. Sepanjang tempoh itu, masjid yang telah diwartakan sebagai Monumen Negara pada 1974 ini terus beroperasi seperti biasa.

Jumlah dana terkumpul kini sudah mencapai $1.2 juta.

Dalam usaha mahu terus mencapai sasaran bagi dana peningkatan ini, Masjid Jamae Chulia terus mengambil daya usaha dan menerapkan semangat berwakaf dalam kalangan masyarakat Islam di sini.  

Pengerusi Masjid Jamae Chulia, Encik Rasheed Zaman Mohamed Rashad, berkata Masjid Jamae Chulia merupakan salah satu pusat ibadah tertua di Singapura dan kelangsungan serta kepentingan untuk menjaganya adalah kepentingan kita bersama. 

“Dalam usaha kami mahu mencapai dana bagi projek peningkatan ini, kami galakkan semangat berwakaf dalam kalangan kita. Matlamat kami agar masjid ini terus berada dalam keadaan yang baik demi keselesaan masyarakat Islam di negara ini.

“Kami faham saingan yang kami terima amat mencabar untuk mendapatkan dana bagi kerja peningkatan untuk Masjid Jamae Chulia ini. Namun begitu, kami akan melakukan yang terbaik dan semoga masjid yang bersejarah ini akan terus terpelihara.

“Kami merayu kepada masyarakat Islam setempat agar terus menyokong, menderma dan berwakaf  untuk kerja peningkatan ini. Dana naik taraf bagi Masjid Jamae Chulia masih jauh kekurangan daripada matlamat asal kami. 

“Dengan kerja peningkatan ini, Masjid Jamae Chulia boleh menampung 100 pelajar pada satu-satu masa dan bakal menjadi lebih mesra warga tua dan golongan kurang upaya.

“Semua kerja peningkatan ini juga berjalan dengan lancar dan diharapkan dapat selesai mengikut jadual yang ditetapkan,”  jelas Encik Rasheed Zaman.

Encik Rasheed Zaman turut menjelaskan, berwakaf bukan hanya menggunakan harta semata-mata, ia juga melibatkan semangat sukarela yang utuh demi terus membantu dan mewujudkan suasana dan ruang ibadah yang sempurna untuk kita bersama. 

Masjid Jamae Chulia itu juga merupakan salah satu masjid yang memenuhi pembelajaran agama Islam khususnya bagi golongan India Muslim tempatan, pekerja Islam dan pelancong di kawasan tengah bandar. 

PROGRAM MASJID


Encik Rasheed Zaman turut memberitahu walaupun masjid itu sedang dinaik taraf, semua kegiatan dakwah berjalan seperti biasa.

Antara program lazim ialah ceramah agama, kelas Al-Quran, bacaan Surah Yasin dan Al-Kahfi pada setiap malam Jumaat selain menganjurkan madrasah mingguan. 

Beliau berkata: “Meskipun masjid bersejarah ini sedang menjalani kerja peningkatan ini, semua program dan kegiatan dakwah di masjid tetap diadakan seperti biasa, tiada pembatalan ataupun dihentikan”.

Selain itu, Masjid Jamae Chulia turut menawarkan jualan kupon amal – nasi beriani berharga $20 dan martabak $10 setiap satu, disediakan untuk orang ramai. 

HULURKAN SUMBANGAN IKHLAS


1. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 517-070041-002.

2. Hantarkan cek kepada Masjid Jamae Chulia melalui pos ke alamat 218, South Bridge Road, Singapura 058767.

3. Derma langsung ke pejabat masjid. Hubungi talian 6221-4165 atau WhatsApp ke talian 9297-4192. Sila buat janji temu sebelum datang ke masjid.

4. Sila imbas kod QR yang tertera di sini. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >