Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID JAMAE CHULIA

Masjid Jamae Chulia damba sokongan bagi projek naik taraf

Jun 23, 2023 | 05:30 AM



Projek peningkatan dan naik taraf bagi salah sebuah masjid tertua di negara ini, Masjid Jamae Chulia, sedang rancak dijalankan sejak Disember 2022 lalu.

Selepas selesainya kerja peningkatan kelak, masjid itu mampu menampung sekitar 1,200 jemaah, selain boleh menampung 100 pelajar pada satu-satu masa serta menjadi masjid yang lebih mesra warga tua dan golongan kurang upaya.

Antara peningkatan yang dilakukan di masjid yang juga terkenal sebagai ‘Periya Palli’ bermaksud Masjid Besar dalam Bahasa Tamil, adalah dengan memasang sistem hawa dingin di ruang solat serta menambah bilik darjah.


Masjid terletak di South Bridge Road dan berdekatan di kawasan bandar ini berusia 197 tahun. 

Kerja peningkatan itu dijangka mengambil masa 10 bulan, dan menelan belanja sehingga $3 juta.

Sepanjang tempoh tersebut, masjid yang diwartakan sebagai Monumen Negara pada 1974 itu akan terus beroperasi seperti biasa. Jumlah dana yang terkumpul kini sudah melebihi $770,000.

Masjid itu juga merupakan salah sebuah masjid yang memenuhi pembelajaran agama Islam khususnya bagi golongan India Muslim di sini, pekerja Islam dan pelancong di kawasan tengah bandar.

Memberitahu Berita Harian (BH), Pengerusi Masjid Jamae Chulia, Encik Rasheed Zaman Mohamed Rashad, masjid yang terbina pada 1826 itu merupakan salah sebuah masjid tertua di Singapura.


Beliau berkata masyarakat Islam harus menjaganya agar masjid itu terus berada dalam keadaan baik dan terpelihara, demi keselesaan dan kemudahan masyarakat Islam di negara ini.

Beliau juga terus mengharapkan sokongan berterusan agar misi untuk mencapai jumlah yang dikehendaki tercapai dengan segera.

“Antara misi utama bagi program peningkatan Masjid Jamae Chulia ini adalah untuk mendapatkan sokongan orang ramai. Kami tahu cabarannya bukan kecil, dan memang mencabar.

“Namun, kami akan melakukan yang terbaik dan semoga masjid ikonik di kawasan  Chinatown ini akan terus terpelihara dan mendapat sokongan padu daripada masyarakat Islam di sini.

“Dengan kerja peningkatan ini, Masjid Jamae Chulia boleh menampung 100 pelajar pada satu-satu masa dan bakal menjadi lebih mesra warga tua dan golongan kurang upaya. Semua kerja peningkatan ini juga berjalan dengan lancar dan diharap dapat selesai mengikut jadual,”  jelas Encik Rasheed Zaman.

PROGRAM MASJID & PENGUMPULAN DANA

Encik Rasheed Zaman turut berkata walaupun masjid itu sedang dinaik taraf, semua kegiatan dakwah berjalan seperti biasa. Antara program lazim adalah ceramah agama, kelas Al-Quran, bacaan Surah Yasin dan Al-Kahfi pada setiap malam Jumaat selain menganjurkan madrasah mingguan berbahasa Tamil. 

“Meskipun kami sedang menjalani kerja peningkatan ini, program dan kegiatan dakwah di Masjid Jamae Chulia ini tetap dilakukan seperti biasa, tiada pembatalan ataupun dihentikan. Justeru, kami amat mengharapkan sokongan dan derma ikhlas orang ramai demi kelangsungan masjid serta dana peningkatan untuk masjid bersejarah ini,” tambahnya. 

Sebagai langkah tambahan untuk meningkatkan dana, Masjid Jamae Chulia juga menjual kupon amal – nasi beriani $20 dan martabak $10 setiap satu. Nasi beriani disajikan restoran Taj Authentic Indian Cuisine, manakala martabak pula oleh Restoran Victory. 

Untuk menyalurkan sumbangan kepada Masjid Jamae Chulia:

– Hantarkan cek anda kepada Masjid Jamae Chulia melalui pos ke alamat 218, South Bridge Road, Singapura 058767.

– Derma langsung ke pejabat masjid. Hubungi talian 6221-4165 atau WhatsApp kepada talian 9297-4192. Sila buat janji temu sebelum datang ke masjid.

– Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 517-070041-002.

– Imbas kod QR yang tertera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >