Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

EPL dapat perintah mahkamah S’pura sekat penstriman haram

Terima perintah paksa penyedia khidmat Internet sekat 25 lagi laman penstriman haram
Mar 21, 2024 | 3:49 PM
Langkah menghalang penstriman haram adalah sebahagian daripada usaha global berterusan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk memerangi cetak rompak, dan menjadikan jumlah tapak yang disekat di Singapura kepada lebih 460.
Langkah menghalang penstriman haram adalah sebahagian daripada usaha global berterusan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk memerangi cetak rompak, dan menjadikan jumlah tapak yang disekat di Singapura kepada lebih 460. - Foto AFP

Liga Perdana England (EPL) telah memperoleh perintah mahkamah untuk memaksa penyedia perkhidmatan Internet (ISP) di sini menyekat 25 laman paling popular yang menyiarkan perlawanannya secara haram, katanya pada 21 Mac.

Ia adalah sebahagian daripada usaha global berterusan pertandingan popular itu untuk memerangi cetak rompak, dan menjadikan jumlah laman sedemikian yang disekat di Singapura kepada lebih 460.

Kaedah yang digunakan oleh ISP untuk melaksanakan blok penstriman telah diperhalusi, kata EPL dalam satu kenyataan, tanpa mengulas lanjut.

Liga itu berkata ia telah bekerjasama rapat pada tahun lalu dengan pihak berkuasa di Thailand, Indonesia, Malaysia, Singapura, Hongkong dan Vietnam untuk membanteras penjual peranti yang menstrim kandungan EPL secara haram.

Tindakan undang-undang termasuk menyekat laman web di Malaysia, Vietnam dan Indonesia dan kes-kes melibatkan penjual peranti penstriman haram di Singapura.

Laman, peranti dan aplikasi yang menyalahi undang-undang adalah alat yang berpotensi untuk penjenayah siber mendapatkan maklumat peribadi melalui halaman log masuk palsu, kata EPL.

Kadangkala, mengakses strim secara haram boleh menyebabkan kecurian data, kerosakan perisian dan penipuan lain.

Kajian yang dijalankan oleh EPL menunjukkan bahawa pengguna mempunyai purata 48 peratus peluang untuk menghadapi ancaman siber di 25 tapak penstriman haram teratas di Singapura.

Menurut kajian yang dijalankan oleh perunding keselamatan siber dan penyelidik Paul Watters, 53 peratus daripada iklan yang dianalisis di laman web tersebut dikategorikan sebagai berisiko tinggi, dengan pengguna 3.5 kali lebih berisiko ditipu apabila melawat laman penstriman sukan haram, berbanding dengan laman arus perdana di Singapura.

Peguam EPL, Encik Kevin Plumb, berkata: “Kami akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi penyiaran kami StarHub, serta pihak berkuasa tempatan dan ISP, untuk menyekat penstriman haram dan menyedarkan peminat tentang bahaya yang berkaitan dengan laman web ini.”

Pada Julai, Akta Hakcipta yang dibentangkan di Parlimen oleh Kementerian Undang-Undang bakal menyaksikan penjualan kotak ‘set top’ yang menawarkan akses kepada penstriman filem dan rancangan televisyen cetak rompak dalam talian akan diharamkan tidak lama lagi.

“Kami akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi penyiaran kami StarHub, serta pihak berkuasa tempatan dan ISP, untuk menyekat penstriman haram dan menyedarkan peminat tentang bahaya yang berkaitan dengan laman web ini.” 
Encik Kevin Plumb, Peguam EPL.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg