Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Penstriman haram, kotak TV Android hadapi risiko perisian hasad lebih tinggi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penstriman haram, kotak TV Android hadapi risiko perisian hasad lebih tinggi

Feb 08, 2024 | 06:57 PM



Peminat bola sepak yang cuba menonton Liga Perdana England (EPL) melalui aplikasi penstriman haram menghadapi risiko ancaman siber hampir empat kali ganda dan terdedah kepada penipuan dalam talian.

Satu kajian baru mendedahkan bahawa kotak TV Android yang menawarkan aplikasi bagi menyediakan akses haram kepada pelbagai filem dan siri TV juga mengandungi perisian hasad.

Dapatan itu adalah sebahagian daripada kajian yang ditugaskan oleh EPL dan diterbitkan di Rangkaian Penyelidikan Sains Sosial oleh Profesor Paul Watters, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cyberstronomy, sebuah firma jaminan keselamatan siber yang berpangkalan di Melbourne.

Profesor Watters, yang meneliti 25 tapak penstriman sukan haram terkenal di sini, berkata setiap satu daripada dua iklan di tapak penstriman sukan haram berkemungkinan menghadapi risiko tinggi, mengandungi sama ada perisian hasad atau mengubah hala ke laman web penipuan.

Laman web penstriman haram juga boleh digunakan oleh penjenayah siber untuk mencuri maklumat peribadi melalui halaman log masuk palsu.

Dalam sesetengah kes, ia mungkin mengarahkan pengguna memuat turun perisian hasad sebelum mereka dibenarkan mengakses strim.

Kira-kira 44 peratus daripada aplikasi itu, atau 51 daripadanya, didapati mengandungi perisian hasad.

Namun, kebimbangan lebih besar ialah kotak TV Android boleh membentuk ‘botnet’, satu rangkaian peranti yang terjejas dan boleh dikawal penjenayah untuk melakukan tindakan jahat, kata Profesor Watters.

Serbuan yang dijalankan pada Oktober 2022 membawa kepada penahanan empat wanita dan 13 lelaki kerana disyaki terlibat dalam penjualan peranti penstriman haram.

Lebih 2,500 kotak Android TV telah dirampas di beberapa kedai runcit di Sim Lim Square.

Sejak EPL membuka pejabatnya di Singapura pada 2019, ia menyekat hampir 450 domain merentasi tapak web, aplikasi dan peranti penstriman haram di sini yang menawarkan penstriman untuk menonton aksi bola sepak di England secara percuma.

StarHub, yang memegang hak eksklusif untuk menyiarkan EPL di Singapura, tidak mendedahkan jumlah yang dibayar untuk perkongsian enam tahun yang bermula pada 2022.

Bagaimanapun, pada 2007, ia dilaporkan mengeluarkan $250 juta untuk kontrak tiga tahun, sebelum Singtel membayar $400 juta untuk hak tersebut dari 2010 hingga 2013.

Ketua kumpulan perniagaan sukan Deloitte Asia Pasifik, Encik James Walton, berkata peminat di Singapura mungkin tidak menganggap potensi risiko penipuan menggunakan pnstriman haram sebagai isu penting.

Namun, mengurangkan bayaran boleh mengubah tingkah laku peminat, ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >