Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Fesyen, pelancongan, hidangan eksotik dan artis hebohkan Malaysia Fest

Jul 28, 2023 | 05:30 AM



Pameran Malaysia Fest bakal menjadi tumpuan utama di Dewan 5A & 5B Singapore Expo yang berlangsung dari Khamis, 27 Julai hingga Ahad, 30 Julai.

Acara ini dianjurkan oleh MegaXpress International Pte Ltd dengan tujuan utama mempromosikan kepelbagaian yang terdapat di beberapa negeri dan tempat di Malaysia, termasuk Terengganu, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Perak, Johor Bahru, Kelantan, serta Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

Dalam acara ini, terdapat lebih 270 gerai dari dalam dan luar negara yang turut serta dalam pameran ini.

Pengunjung akan berpeluang menyaksikan tunjuk cara masakan, ceramah dakwah interaktif, pertandingan menarik, cabutan bertuah, serta hiburan yang dirancang secara khas.

Tidak kurang juga selebriti Malaysia yang terkenal akan menghiburkan pengunjung, antaranya penyanyi unggul Malaysia, Dato Sri Siti Nurhaliza, Khai Bahar, Siti Nordiana, Ramlah Ram, Roslan Shah, dan ramai lagi.

Pameran Malaysia Fest 2023 juga akan menampilkan banyak produk makanan, fesyen, kecantikan, dan pelancongan dari wilayah-wilayah di seluruh Malaysia serta penyertaan daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).

Pengunjung akan berpeluang melihat pavilion khas dari Terengganu, NCER, dan Fama yang menyediakan maklumat tentang seni budaya, hidangan eksotik, serta pakej-pakej istimewa lain dan aneka barangan menarik.

Menurut Pengurus Komunikasi Media dari MegaXpress International Pte Ltd, Cik Reny Delfina Hamzah, pameran ini telah berjaya menjadi tumpuan setempat selama lebih dua dekad yang lalu.

Mereka sentiasa berusaha supaya acara yang disusun dapat menarik perhatian ramai, kekal relevan, dan memiliki ciri yang unik pada setiap pameran yang disediakan.

Cik Reny menjangkakan seramai 30,000 pengunjung bakal memeriahkan acara tersebut.

Pameran Malaysia Fest 2023 kali ini akan memberikan tumpuan utama kepada ‘Kingdom of Food’, yang mempamerkan cita rasa unik dari seberang Tambak, serta fesyen, barangan seni seperti songket dan produk kecantikan, serta pelancongan di tempat-tempat menarik di Malaysia.

Selain dihadirkan ikon-ikon terkenal dari Malaysia yang berjaya dalam bidang masing-masing, Dato Sri Aliff Syukri, pengasas produk D’Herbs yang berjaya dalam bidang perniagaan dan keusahawanan bakal menemui peminatnya di sini.

Selain itu, acara ini dianjurkan Masjid Al-Amin yang akan mengadakan ceramah interaktif termasuk ‘Talkshow Interaktif Perdana’ bersama Ustaz Dr Ahmad Dahri dan Fiza O, acara khataman Al-Quran, serta majlis selawat Muslimah bersama Ustazah Kamiseh Parisan. Benefisiari untuk pameran kali ini ialah Masjid Al-Amin.

Bagi penggemar buah-buahan dan hidangan eksotik dari Malaysia, anda pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana pelbagai sajian rencam tersedia.

Pengunjung akan berpeluang mencuba buah longan kristal dari Sarawak, buah pomelo atau limau bali dari Sabah, nangka dan manggis dari Pahang serta salak madu dari Johor.

Tidak ketinggalan juga barangan menarik seperti songket dari Terengganu, hidangan rumpai laut dari Negeri Sembilan, dan cuka dokong dari Kelantan. Pengalaman yang berbeza menanti setiap pengunjung yang hadir.

Pameran Malaysia Fest 2023 ini adalah sebuah acara yang menarik dan bermakna, yang dihadirkan untuk meraikan kepelbagaian dan kejayaan dari pelbagai aspek di Malaysia.

Bagi sesiapa yang berminat untuk hadir, tiada bayaran dikenakan untuk menghadiri acara yang menarik ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook & Instagram MegaXpress International Pte Ltd.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >