Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 150 gerai, artis popular di ekspo pengantin hujung minggu

Jun 23, 2023 | 5:30 AM
BERMACAM PILIHAN: Bermacam reka bentuk pakaian pengantin akan diperagakan untuk menjadi santapan mata para pengunjung, sekaligus boleh dijadikan inspirasi kepada bakal-bakal pengantin, di acara anjuran MegaExpress International.
BERMACAM PILIHAN: Bermacam reka bentuk pakaian pengantin akan diperagakan untuk menjadi santapan mata para pengunjung, sekaligus boleh dijadikan inspirasi kepada bakal-bakal pengantin, di acara anjuran MegaExpress International. - Foto MEGAEXPRESS INTERNATIONAL PTE LTD

Lebih 150 gerai menanti pengunjung ke pameran pengantin The Wedding Affairs 2023, anjuran MegaXpress International Pte Ltd, bermula Jumaat, 23 Jun hingga Ahad, 25 Jun.

Di pameran yang bertempat di Singapore Expo Dewan 6A, pelbagai perkhidmatan bagi majlis perkahwinan seperti andaman, hiasan, katering, khidmat deejay, fotografi, kek, berkat, gubahan, kad undangan, pakej bulan madu dan percutian serta lain-lain lagi keperluan bagi bakal mempelai tersedia untuk pilihan.

Menurut pengurus komunikasi media MegaXpress International, Cik Reny Delfina Hamzah, pameran perkahwinan itu akan menawarkan 95 peratus keperluan dan barangan bagi majlis perkahwinan. Selebihnya adalah gerai menjual aneka makanan dan minuman, kraf tangan, produk hiasan rumah dan kecantikan.

Acara pameran ini akan dimeriahkan lagi dengan pertandingan, acara interaktif, seminar agama cabutan bertuah dan persembahan hiburan. Pengunjung yang berbelanja sekurang-kurangnya $100 ke atas berpeluang untuk memenangi tiga pakej perkahwinan tajaan Studio Five Weddings bernilai hingga $3000.

Pameran ini juga akan diserikan dengan kehadiran selebriti seperti pasangan pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail, Linda Hashim, Roslan Shah, Azza Elite dan ramai lagi.

Benefisiari untuk pameran kali ini adalah Masjid Darussalam. Masuk adalah percuma.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg