Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Frasers Centrepoint Trust tambah 24.5% pegangan dalam Nex

Jan 25, 2024 | 3:39 PM
SIAP AMBIL ALIH NEX: Pengurus Frasers Centrepoint Trust mencadangkan penempatan persendirian untuk mengumpulkan sekurang-kurangnya $200 juta bagi membiayai sebahagian pengambilalihan.
SIAP AMBIL ALIH NEX: Pengurus Frasers Centrepoint Trust mencadangkan penempatan persendirian untuk mengumpulkan sekurang-kurangnya $200 juta bagi membiayai sebahagian pengambilalihan. - Foto MERCATUS CO-OPERATIVE

Frasers Centrepoint Trust (FCT) sedang memperoleh tambahan 24.5 peratus kepentingan dalam pusat beli-belah Nex dengan harga $523.1 juta daripada penajanya Frasers Property, lapor The Business Times.

Pengambilalihan itu akan meletakkan Nex, pusat beli-belah pinggir bandar terbesar di timur laut Singapura mengikut kawasan boleh disewa bersih, bernilai $2.13 bilion, menurut pengumuman yang dikeluarkan pada 25 Januari.

Ketua eksekutif pengurusan FCT, Encik Richard Ng, berkata: “Pemerolehan itu merupakan susulan daripada pengambilalihan awal kami sebanyak 25.5 peratus dalam Nex pada Februari 2023 dan akan meningkatkan kepentingan efektif FCT kepada 50 peratus apabila selesai kelak.”

Pengambilalihan Nex adalah melalui pemerolehan jumlah modal saham terbitan unit Frasers Property FCL Emerald, yang memegang 49 peratus kepentingan dalam Nex Partners (NP) Trust.

FCL Emerald juga memegang 49 peratus kepentingan dalam Frasers Property Coral, pengurus-pemegang amanah NP Trust.

NP Trust ialah amanah persendirian yang memegang 50 peratus daripada modal saham terbitan dan berbayar Gold Ridge, yang seterusnya memegang pusat beli-belah runcit Nex.

Nex terletak di 23 Serangoon Central.

Setelah selesai pengambilalihan, FCT akan memegang 100 peratus kepentingan dalam setiap NP Trust dan pengurus-pemegang amanah NP, serta 50 peratus kepentingan efektif Nex, kata pengurusnya.

Dalam pemfailan berasingan pada hari yang sama, pengurus FCT mencadangkan penempatan persendirian pada harga terbitan antara $2.16 dengan $2.204 seunit untuk membolehkannya mengumpulkan tidak kurang daripada $200 juta bagi membiayai sebahagian pengambilalihan itu.

Julat harga terbitan yang dicadangkan mewakili diskaun antara kira-kira 1.8 dan 3.8 peratus kepada harga purata wajaran volum larasan sebanyak $2.2446 seunit, serta antara kira-kira 3.6 dan 5.6 peratus kepada harga purata wajaran volum $2.2871 seunit .

Pengurus itu berkata ia berhasrat untuk menggunakan hasil kasar untuk membayar balik hutang sedia ada, selepas membiayai sebahagian daripada pemerolehan baki 49 peratus kepentingan dalam NP Trust dan pengurus-pemegang amanahnya.

FCT juga memiliki Sayap Utara Northpoint City.

FCT dan Frasers Property telah meminta pemberhentian dagangan sahamnya pada 25 Januari.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg