Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

AL-IMTAQ INTERNATIONAL & SERVICES

Gigih lakukan korban sejak 17 tahun lalu

May 26, 2023 | 05:30 AM



SEMPENA sambutan Aidiladha yang akan menjelang ini, Al-Imtaq International & Services bersedia meneruskan perkhidmatan korban luar negara yang dipercayai ramai.

Menurut Pengarah Urusan Al-Imtaq International & Services, Encik Musa Zulkifli, platform yang diyakini selama 17 tahun ini membolehkan masyarakat Islam menjalani ibadah korban dengan sempurna. Selain itu, pihak Al-Imtaq juga amat memerlukan sokongan orang ramai dalam menjalankan amanah ini dan membantu mereka yang memerlukan.

“Melalui perkhidmatan tahunan ini, orang ramai tidak lagi perlu ragu-ragu dalam menunaikan tuntutan korban kerana kami mempunyai pengalaman menguruskan khidmat ini sudah berbelas-belas tahun untuk masyarakat Islam yang berkemampuan.

“Bagi kambing korban, kami menawarkan harga pada $190 dan lembu korban pula berharga $1,200 sahaja. Setiap daging korban yang dibeli dengan harga berpatutan akan disalurkan kepada masyarakat Islam yang memerlukan di Lombok, Indonesia.

“Selain itu, perkhidmatan korban ini turut dijalankan secara profesional, di mana kami bekerjasama dengan wakil pelaksanaan di sana bagi memastikan setiap proses korban daripada awal pemilihan lembu, penyembelihan dan pengagihan daging korban berlangsung secara baik.

“Oleh itu, saya ingin menyeru para Muslim dan Muslimat agar bersama-sama memanfaatkan khidmat korban patuh syariah ini agar masyarakat Islam dapat menunaikan kewajipan dengan lebih mudah dan meningkatkan penghayatan ajaran Islam dalam masyarakat,” jelas Encik Musa.

Pada masa yang sama, Al-Imtaq International & Services juga menawarkan pakej ‘full board’ yang merangkumi pakej makanan, pengangkutan dan tiket bagi wisata korban di Lombok selama lima hari empat malam, yang berharga $900 (orang dewasa) dan $500 (kanak-kanak).

Selain pelaksanaan ibadah korban dan wisata, Al-Imtaq International & Services turut menyediakan pelbagai khidmat lain seperti perkhidmatan akikah, nazar, infak, fidyah, tahlil arwah, badal haji, dan wakaf.

Untuk pendaftaran, sila hubungi talian 9746-9073 (Encik Abu Bakar), 9675-8787 (Ustaz Husni Yusof), 9843-0604 (Ustaz Soleh) atau 8454-3782 (WhatsApp Pentadbir).

Sebarang pertanyaan lanjut juga boleh diajukan dengan menghubungi nombor 9786-6225 atau layari http://www.al-imtaq.com.

Sumbangan boleh dilakukan melalui:


  • Pemindahan wang ke dalam akaun bank DBS bernombor 019-904263-9
  • PayNow ke UEN 53202179K. Selepas transaksi, sila sertakan bukti/resit dan WhatsApp kepada talian 8454-3782.
  • Sertakan cek atas nama Al-Imtaq International & Services. 



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >